AMERIKA Syarikat (AS) melancarkan serangan udara pertama terhadap Taliban selepas penamatan tiga hari gencatan senjata sempena Aidilfitri minggu lalu.

Jurucakap tentera AS, Sonny Leggett, dalam laman Twitternya menjelaskan, ia serangan udara pertama AS terhadap Taliban selepas gencatan senjata tiga hari berakhir pada 26 Mei lalu.

"Dua serangan dilancarkan semalam dan hari ini di wilayah berasingan di Afghanistan

"Semua pihak perlu mengurangkan keganasan untuk proses perdamaian berlangsung," ujarnya pada Jumaat.


Sehingga kini, pihak Taliban masih tidak memberi maklum balas mengenai serangan tersebut.

Sebelum ini, pengumuman gencatan senjata oleh Taliban mengejutkan pihak berkuasa Afghanistan.

Ia sekali gus menimbulkan keadaan tenang dengan kenyataan Afghanistan untuk memberi sepenuh komitmen untuk memulakan rundingan damai yang lama tertangguh dengan pemberontak.

AS pada Februari lalu berjanji untuk mengundurkan semua tenteranya sebagai balasan terhadap jaminan keselamatan yang dijanjikan mereka.

Ia susulan perjanjian yang dibuat bersama Taliban.