Polis sedang memburu Muhammad Bahrun Naim, yang dipercayai dalang dalam serangan bom dan senjata api di Sarinah Thamrin di sini, semalam.
Ketua Polis Jakarta Tito Karnavian berkata berdasarkan risikan dan maklumat, polis percaya Muhammad Bahrun adalah dalang kejadian itu yang menyebabkan tujuh orang mati dan lebih 20 orang parah, semalam.
Mohammed Bahrun merupakan pengasas kumpulan Katibah Nusantara yang mahu menjadi pemimpin cawangan Daish di Asia Tenggara serta bersaing dengan pemimpin pengganas di negara-negara Asia Tenggara, katanya.
Kegiatan Katibah Nusantara dikaitkan dengan arahan ketua kumpulan Daish, Abu Bakr al-Baghdadi, yang pernah mengeluarkan arahan supaya anggota-anggotanya di luar Syria dan Iraq mengadakan serangan berani mati.
BACA: Indonesia sifatkan serangan Jakarta sebagai gelombang ancaman Daish
BACA: Serangan di Jakarta: Semua yang anda perlu tahu
BACA: Polis sahkan tembak mati empat suspek di Sarinah
Bagaimanapun berdasarkan maklumat, Muhammad Bahrun kini dipercayai berada di Raqqa, Syria iaitu pusat pemberontak yang menggelarkan diri mereka sebagai pejuang negara Islam Iraq dan Syria.
Pada Jun 2011, Muhammad Bahrun dipenjarakan selama 2 tahun 6 bulan kerana kesalahan memiliki peluru hidup tanpa izin.
Polis menjejaki kegiatan Muhammad Bahrun pada 2010 kerana mendapat maklumat lelaki berasal dari Solo itu terbabit dengan rangkaian pengganas antarabangsa.
Setahun kemudian, polis dapat menahannya dan menemui 533 butir peluru senjata api AK47 dan 32 peluru kaliber 9mm di dalam biliknya.
Mohammad Bahrun memberi alasan peluru-peluru itu adalah milik saudaranya bernama Ipung yang juga seorang yang sedang dicari polis.
FOTO: Jakarta digegarkan serangan bom, tembakan
Setelah didakwa, mahkamah mendapati tiada bukti pembabitannya dalam aktiviti keganasan dan dia dikenakan hukuman penjara dua tahun kerana memiliki peluru tanpa izin milik seorang lelaki bernama Ipung.
Muhammad Bahrun Naim @ Anggih Tamtomo atau turut dikenali sebagai Abu Rayan berusia 32 tahun dan alamat terakhirnya ialah di RW 1 Kelurahan Sangkrah, Kecamatan Pasar Kliwon, Solo, iaitu alamat rumah kedua orang tuanya, Fathurrahman dan Siti Thoyyibah.
Portal berita dalam talian tempatan memetik beberapa jiran di kampung itu berkata bahawa Muhammad Bahrun sudah lama tidak pulang ke rumah orang tuanya yang hanya didiami oleh ayah dan kedua-dua adiknya.
Keluarga Muhammad Bahrun, yang menjalankan perniagaan makanan sejuk beku di rumah itu, gagal ditemui.
Dalam kejadian serangan bom dan senjata api pagi semalam, tujuh orang mati termasuk lima daripadanya adalah suspek pengganas manakala lebih dari 20 orang termasuk 5 anggota polis yang dilaporkan parah.
Kumpulan pengganas terbabit memulakan serangan di Restoran Starbucks di Gedung Cakrawala, Jalan MH Thamrin di sini dengan melemparkan bom dan melepaskan tembakan ke arah polis sebelum ditembak mati oleh pasukan polis.
Kejadian serangan kumpulan militan semalam adalah kali ke-10 berlaku di Indonesia sejak 2000.
Serangan pertama di kediaman kedutaan Filipina pada 1 Ogos 2000 yang mengorbankan dua nyawa dan mencederakan Duta Besar Filipina manakala serangan terakhir sebelum kejadian semalam ialah pada 2009 dengan tragedi bom di hotel JW Marriot dan Ritz-Carlton yang mengorbankan sembilan nyawa dan mencederakan lebih 50 orang awam.
Bernama
Fri Jan 15 2016
Ketua Polis Jakarta Tito Karnavian (gambar) berkata berdasarkan risikan dan maklumat, polis percaya Muhammad Bahrun adalah dalang kejadian itu yang menyebabkan tujuh orang mati dan lebih 20 orang parah. - Foto AFP
Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong bertanya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung kenderaan elektrik dalam sesi soal jawab lisan.
Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas apabila banjir gelombang kedua melanda negeri itu, pada Selasa.
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Hezbollah akan kekal aktif selepas gencatan senjata
Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
Pengunduran Tentera Israel secara berperingkat dalam tempoh 60 Hari – Pegawai AS
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat mengesahkan pengunduran tentera Israel dari Lubnan tidak akan dilakukan serta-merta.
Parlimen: Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan hari ini
Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
[TERKINI] Israel - Hezbollah setuju gencatan senjata dikuatkuasa pada Rabu
Gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dijadualkan bermula jam 4 pagi waktu tempatan, pada Rabu.
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
[TERKINI] Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Serangan di Jakarta: Polis Indonesia buru Muhammad Bahrun Naim
Polis sedang memburu Muhammad Bahrun Naim, yang dipercayai dalang dalam serangan bom dan senjata api di Sarinah Thamrin di sini, semalam.
Serangan di Jakarta: Polis sasaran utama serangan pengganas - Ketua Polis Indonesia
Kumpulan pengganas terbabit menjadikan polis sebagai sasaran serangan kerana tidak berpuas hati dengan kejayaan polis menjejaki dan menghalang pergerakan mereka.