Angka kematian serangan pengganas masjid Christchurch meningkat kepada 50 selepas seorang mangsa ditemui di dalam salah satu masjid berkenaan.
Pesuruhjaya Polis New Zealand, Mike Bush berkata, mangsa ditemui susulan pemeriksaan lanjut yang dijalankan di tempat kejadian.
"Setakat malam tadi, kami telah membawa kesemua mangsa keluar dari kedua-dua masjid berkenaan dan dalam proses itu kami menjumpai seorang lagi mangsa," jelasnya pada satu sidang media di sini pada Ahad.
BACA: Apa yang kita tahu setakat ini mengenai tragedi solat Jumaat Christchurch
Menurutnya, 50 lagi mangsa disahkan turut tercedera dalam tragedi tersebut dan 36 masih dirawat di Hospital Christchurch, dua daripada mereka dalam keadaan kritikal.
Empat orang ditahan polis, namun hanya seorang warga Australia berusia 28 tahun, Brenton Tarrant, telah didakwa membunuh.
Bush memaklumkan, tiga daripada mereka telah ditahan kerana memiliki senjata api di kawasan kepungan polis pada Jumaat.
Jelas Bush lagi, manifesto yang kononnya ditulis oleh penyerang itu tidak diterima oleh polis sebelum insiden tersebut.
Surat yang menjelaskan sebab Tarrant melakukan serangan tersebut dihantar kepada alamat emel am dan ditujukan khas kepada pejabat Perdana Menteri Jacinda Ardern.
BACA: New Zealand bersatu dalam meratapi kesedihan - PM Ardern
Seorang pekerja di pejabat berkenaan telah menerima emel tersebut dan bertindak mengikut prosedur lalu merujukkan perkara itu kepada polis.
Surat berkenaan turut dihantar kepada pejabat Ketua Pembangkang dan beberapa saluran media di negara itu.
"Kami menerima emel tersebut selepas kejadian dan bukan sebelum serangan itu dilakukan," kata Bush.
Dalam masa yang sama, pesuruhjaya polis berkenaan turut memuji pasukan polis ke atas tindakan pantas mereka memberkas penyerang tersebut dalam masa 36 minit selepas menerima panggilan kecemasan.
Tambahnya, mereka "bertindak dengan penuh keberanian".
"Saya sangat berbangga dengan tindakan mereka. Mereka telah membahayakan nyawa mereka sendiri bagi menghalang ramai lagi terkorban dalam kejadian tersebut," jelasnya.
BACA: Tragedi solat Jumaat Christchurch: Suspek utama didakwa membunuh
Bush turut menyatakan bahawa senarai rasmi mangsa belum lagi dikeluarkan kerana proses mengenal pasti masih dijalankan.
Justeru beliau menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan senarai nama mangsa buat masa ini.
"Senarai nama mangsa yang kami kumpul setakat ini adalah hasil siasatan awal pihak polis.
"Kami tidak dapat mengeluarkan senarai rasmi sehingga kesemua mangsa dikenal pasti," katanya.
BACA: Tragedi solat Jumaat: Antara mangsa serangan masjid Christchurch yang dikenal pasti
Tambahnya lagi pihak berkuasa sedang menjalankan tugas mereka secepat mungkin sambil mengambil kira sensitiviti keluarga.
"Ramai anggota kami telah dikerah untuk memberi segala bantuan yang diperlukan oleh semua pihak," kata Bush.
Agensi
Sat Mar 16 2019

Bush berkata, tiga daripada mereka yang ditahan sebelum ini adalah kerana memiliki senjata api di kawasan kepungan polis pada hari kejadian. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia
Siklon Tropika Zelia melintasi pantai Australia Barat berhampiran pekan De Grey sebagai ribut kategori empat sejurus selepas tengah hari waktu tempatan pada Jumaat.

Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.

Penyelidikan Australia dapati tiada kaitan antara telefon bimbit dan kanser
Penyelidikan yang diketuai oleh agensi keselamatan nuklear dan radiasi Australia tidak menemui sebarang kaitan antara penggunaan telefon bimbit dengan pelbagai jenis kanser, lapor Xinhua.

Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia
Kerajaan Pahang memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri pertanian, penternakan dan perikanan di Australia.

Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan rombakan kabinet pada Khamis susulan persaraan awal seorang menteri menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Mei, lapor Xinhua.

Pendaki hilang di Australia ditemukan hidup selepas 13 hari
Hadi Nazari, pelajar universiti yang dilaporkan hilang pada Boxing Day, ditemukan masih hidup di kawasan pergunungan di New South Wales.

2 maut pesawat ringan terhempas di Australia
Dua individu maut dalam nahas pesawat ringan di pantai timur Australia di utara Sydney, lapor Xinhua.

Kemenangan Trump: Australia tangguh keputusan sasaran pelepasan gas rumah hijau
Matt Kean berkata kesan global daripada kemenangan Trump akan menangguhkan nasihat agensi itu mengenai sasaran 2035 selama beberapa bulan.

Amaran kesihatan dikeluarkan berkaitan ulser Buruli di selatan Australia
Jabatan Kesihatan Victoria pada Jumaat memaklumkan bahawa kes ulser Buruli kini merebak di seluruh negeri, termasuk di kawasan pedalaman Melbourne.

Pesawat Qantas mendarat cemas di Lapangan Terbang Brisbane
Sebuah penerbangan domestik Qantas melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Brisbane, timur laut Australia pada Selasa.