Seorang remaja dari Afrika Selatan telah menjumpai serpihan yang dipercayai dari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang dari radar dua tahun lalu, menurut Jabatan Penerbangan Awam Afrika Selatan (SACAA) pada Jumaat.
Memetik laporan agensi berita Reuters, Liam Lotter, 18 telah melaporkan mengenai penemuannya kepada stesen radio, South Africa’s East Coast di sebuah pantai di bandar Mozambique sewaktu sedang bercuti bersama keluarganya Disember lalu. Mereka kemudian membawa pulang serpihan itu ke kediaman mereka di Afrika Selatan.
Lotter berkata, beliau hanya menyedari tentang perihal itu selepas penemuan cebisan dari pesawat malang itu di Mozambique baru-baru ini. Logam putih berukuran satu meter yang dipercayai berfungsi sebagai penstabil mendatar pesawat Boeing 777 itu, kini sudah berada di Australia untuk dianalisa bagi pengesahan lanjut.
Reuters turut melaporkan, dengan kerjasama pihak penguatkuasa Malaysia dan wakil dari Boeing Co., cebisan pesawat yang dijumpai oleh Lotter akan dihantar ke pasukan yang sama di Australia.
“Kami sedang dalam usaha untuk mengambil cebisan tersebut untuk dihantar ke pihak berwajib yang dilantik oleh kerajaan Malaysia di Australia,” jurucakap SACAA Kabelo Ledwaba dipetik sebagai berkata.
Penerbangan MH370, membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada radar semasa dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac, 2014.
Pesawat itu masih belum ditemukan walaupun operasi mencari besar-besaran dilaksanakan di selatan Lautan Hindi, tempat pesawat itu dipercayai berakhir selepas melencong daripada laluan asal.
Pada Julai tahun lepas, sekeping flaperon ditemukan terdampar di pantai Pulau Reunion, Perancis dan pada 6 Ogos tahun lepas, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak mengesahkan ia daripada pesawat MH370.
Pada hari ulang tahun kedua insiden tersebut 8 Mac lalu, Pasukan Penyiasat Annex 13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) telah mengeluarkan kenyataan interim berhubung kehilangan pesawat itu.
Ketua Penyiasat Datuk Kok Soo Chon berkata, laporan akhir berhubung kehilangan pesawat itu akan disiapkan sekiranya pesawat dijumpai atau sekiranya misi pencarian pesawat berkenaan ditamatkan, yang mana lebih awal.
Agensi
Fri Mar 11 2016

Reuters turut melaporkan, dengan kerjasama pihak penguatkuasa Malaysia dan wakil dari Boeing Co., cebisan pesawat yang dijumpai oleh Lotter akan dihantar ke pasukan yang sama di Australia. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Serpihan pesawat disyaki MH370 dijumpai remaja dari Afrika Selatan
Seorang remaja dari Afrika Selatan telah menjumpai serpihan yang dipercayai dari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang dari radar dua tahun lalu.