SETELAH beberapa tuduhan yang dikenakan terhadapnya, bekas anggota BigBang, Seungri akhirnya mengaku bertanggungjawab atas kesalahan berkongsi kandungan kamera litar tersembunyi.
Bintang K-Pop ternama itu baru-baru ini telah didakwa atas kesalahan mengedarkan rakaman video seks dan foto melalui media sosial.
Jurucakap polis Korea Selatan berkata, pengakuan Seungri itu telah direkodkan pada Khamis.
"Seungri mengakui dia menyebarkan rekod rakaman secara tidak sah. Namun, dia menegaskan bahawa dia tidak membuat rakaman (video seks) itu sendiri, tetapi menyebarkannya selepas diterima daripada orang lain," kata jurucakap itu seperti dilaporkan media antarabangsa.
Polis juga pada ketika ini sedang menyiasat siapa lagi individu yang melihat rakaman itu.
Sebelum ini, seorang lagi penyanyi K-Pop, Jung-Joon Young turut terpalit dengan kes berprofil tinggi ini dan mengakui merakamkan aksi hubungan seks dan menyebarkan video itu tanpa kebenaran sekurang-kurangnya 10 wanita.
BACA: Sebar video seks, Jung Joon-young ditahan polis
Dalam perkembangan yang sama, Jung kini sedang menghadapi perbicaraan mahkamah atas 11 dakwaan pengedaran kandungan haram, manakala bekas pemuzik kumpulan F.T. Island, Choi Jong Hoon pula dihadapkan dengan tiga lagi kes.
Agensi
Thu Mar 28 2019

Seungri mengaku bertanggungjawab atas kesalahan mengedarkan kandungan video seks yang dirakam melalui kamera tersembunyi. - Gambar Instagram Seungriseyo

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Sungguh licik! Jung Joon-young ada bahasa rahsia untuk jenis dadah
Jung Joon-young mempunyai kod bahasa rahsia yang hanya boleh difahami antara sesama mereka sendiri bagi elak nampak terlalu ketara

Bapa mohon maaf skandal seks anak, peminat kecam Roy Kim malukan kerjaya bapa
Anak punya hal bapa yang tanggung malu... Sedihnya...

Seungri akhirnya mengaku sebar rakaman video seks
Akhirnya, Seungri mengaku bertanggungjawab atas kesalahan berkongsi kandungan kamera litar tersembunyi

Skandal seks K-Pop: 5 syarikat hiburan utama hilang RM2.1 bilion
Pendedahan yang melibatkan lima artis terkemuka K-Pop telah memberikan kesan yang ketara kepada saham industri hiburan Korea.