Penyiasat antarabangsa telah membuat kesimpulan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ditembak jatuh dengan peluru berpandu BUK buatan Russia yang dilancar dari kawasan yang dikuasai pemberontak di timur Ukraine, lapor sebuah akhbar Belanda hari ini.
Laporan akhir tragedi tersebut akan diumumkan secara rasmi pada 1115 GMT bersamaan 7.15 malam Selasa waktu Malaysia di sebuah pangkalan tentera Belanda.
Ia sekaligus menamatkan spekulasi selama 15 bulan tentang bagaimana pesawat Boeing 777 itu berkecai di udara, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal.
Memetik tiga sumber yang rapat dengan penyiasatan itu, akhbar harian Volkskrant melaporkan siasatan itu mendapati pesawat terbabit telah ditembak jatuh dengan peluru berpandu darat-udara BUK pada 17 Julai 2014 ketika pesawat itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Laporan itu mengandungi peta lokasi terhempas, di mana bangkai pesawat itu bertaburan di kawasan padang berhampiran dengan perkampungan Grabove di Donetsk, Ukraine yang dikawal puak pemisah pro-Russia.
Ia turut menolak pendirian Moscow bahawa pesawat berkenaan ditembak oleh tentera Ukraine ketika pesawat berkenaan terbang pada ketinggian 33,000 kaki di ruang udara wilayah itu, menurut Volskrant.
Lembaga Keselamatan Belanda yang mengetuai siasatan pasukan antarabangsa, menegaskan bahawa mandatnya bukan untuk menentukan pihak mana yang menembak pesawat tersebut, ketika siasatan berasingan dijalankan oleh pihak pendakwa raya Belanda.
Namum dua sumber memberitahu Volkskrant bahawa "peluru berpandu BUK adalah buatan Rusia."
"Boleh dianggap bahawa pemberontak tidak akan mampu untuk mengendalikan peralatan tersebut. Saya mengesyaki penglibatan bekas pegawai tentera Rusia," kata seorang kepada akhbar itu.
Agensi
Tue Oct 13 2015

Laporan akhir tragedi tersebut akan diumumkan secara rasmi pada 1115 GMT bersamaan 7.15 malam Selasa waktu Malaysia di sebuah pangkalan tentera Belanda. - Foto AFP / BULENT KILIC
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Siasatan mendapati MH17 ditembak dengan peluru berpandu BUK - Akhbar Belanda
Penyiasat antarabangsa telah membuat kesimpulan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ditembak jatuh dengan peluru berpandu BUK buatan Russia.