Kerajaan tidak pernah mengetepikan penekanan komitmen dan inisiatif negara ke arah memperkasakan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).
Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata ia selari tema Sidang Kemuncak NAM Ke-17, 'Keamanan, Kedaulatan dan Kesepaduan bagi Pembangunan' yang sedang berlangsung di Venezuela.
"Saya mengetuai delegasi negara ke Sidang Kemuncak NAM Ke-17 yang akan diadakan dari 17 hingga 18 September 2016 di Isla Margarita, Venezuela.
"Sidang ini turut meraikan sambutan ulang tahun Ke-55 penubuhan NAM yang akan dihoskan Republik Bolivaria Venezuela selaku Pengerusi NAM (2016-2019).
"Ia mengambil alih Kepengerusian NAM daripada Iran yang memegang jawatan Pengerusi NAM dari tahun 2012-2016," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Katanya, Sidang Kemuncak NAM yang diadakan setiap tiga tahun sekali merupakan forum di mana wakil-wakil daripada 120 Negara Anggota NAM berbincang dan menilai pelaksanaan keputusan yang telah dipersetujui semasa Sidang Kemuncak NAM Ke-16 yang diadakan di Tehran, Iran pada bulan Ogos 2012.
Sidang berkenaan turut menggubal maklum balas terhadap isu-isu serantau dan antarabangsa semasa, khususnya dalam bidang politik, keselamatan dan pembangunan.
Dalam pada itu, katanya, persidangan itu turut memberi peluang kepada kerajaan untuk mengadakan pertemuan dalam kalangan negara anggota NAM untuk bertukar-tukar pandangan berhubung isu-isu bilateral, serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
"Penyertaan Malaysia ke Sidang Kemuncak ini mencermin serta mengesahkan komitmen berterusan negara kepada prinsip-prinsip dan perjuangan NAM.
"Malaysia telah mengganggotai NAM sebagai negara anggota pada tahun 1970, dan pernah menjadi Pengerusi NAM dari tahun 2003 hingga 2006, serta negara ahli kepada Committee on Palestine (sejak tahun 2002).
"Semasa mempengerusikan NAM, Malaysia telah mengehoskan Sidang Kemuncak NAM Ke-13 di Kuala Lumpur (2003), Mesyuarat Peringkat Menteri NAM Mengenai Kemajuan Wanita Kali Pertama di Putrajaya (2005), Persidangan Menteri-Menteri Penerangan NAM Ke-6 di Kuala Lumpur (2005) dan Ministerial Meeting of the NAM Coordinating Bureau di Putrajaya (2006)," katanya.
Jelasnya lagi, kerajaan juga telah menubuhkan NAM News Network (NNN) di bawah Bernama dan NAM Institute for the Advancement of Women (NIEW) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada tahun 2005, serta membiayai sepenuhnya kos perbelanjaan bagi operasi institusi-institusi berkenaan.
Astro Awani
Sat Sep 17 2016
Kerajaan tidak pernah mengetepikan penekanan komitmen dan inisiatif negara ke arah memperkasakan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM). -Gambar fail
Ee Wei tidak jamin kembalikan prestasi terbaik selepas Paris 2024
Toh Ee Wei mengakui beliau tidak dapat memberi jaminan akan kembali kepada prestasi mengagumkan selepas Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Nga seru kerjasama UN-Habitat promosi ruang hijau dan taman awam
Nga menyeru kerjasama dengan UN-Habitat untuk mempromosikan kawasan hijau dan membangunkan lebih banyak taman awam di seluruh Malaysia.
Pavilion MAHA di MAEPS lokasi lawatan delegasi ASEAN pada 2025
MAHA di MAEPS dikenal pasti sebagai satu daripada lokasi pilihan untuk lawatan delegasi ASEAN tahun depan.
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sidang Kemuncak NAM: Malaysia gesa perkukuh kesepaduan - Reezal
Kerajaan menggesa NAM berperanan sebagai sebuah pertubuhan yang dinamik dan progresif dalam mengambil tindakan bagi menangani ancaman dan cabaran semasa di peringkat serantau dan antarabangsa.
Sidang Kemuncak NAM: Penyertaan Malaysia sahkan komitmen negara - Reezal
Kerajaan tidak pernah mengetepikan penekanan komitmen dan inisiatif negara ke arah memperkasakan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).