Singapura akan membantah permohonan Malaysia bagi interpretasi penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) 2008 dalam kes berhubung kedaulatan ke atas Pedra Branca (Pulau Batu Puteh), Middle Rocks (Batuan Tengah) dan South Ledge (Tubir Selatan).
Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura (MFA) berkata permohonan Malaysia bagi interpretasi yang difailkan semalam, adalah tambahan kepada, dan berasingan daripada permohonan yang difailkan pada 2 Feb, 2017 bagi semakan Penghakiman ICJ.
"Pada pandangan kami, Penghakiman ICJ adalah terang dan jelas. Permohonan Malaysia untuk ICJ membuat interpretasi terhadap penghakiman menimbulkan kebingungan.
"Oleh itu, Singapura akan membantah permohonan Malaysia bagi interpretasi yang kita anggap sebagai tidak perlu dan tanpa merit," kata MFA.
Kementerian menambah bahawa Singapura akan memfailkan Pemerhatian Bertulis mengenai permohonan interpretasi dalam masa terdekat.
"Sebagaimana kami yakin tentang kes kami mengenai permohonan semakan, kami juga yakin bahawa kami bersandarkan kepada alasan kukuh untuk membantah permohonan terbaharu oleh Malaysia untuk interpretasi," kata Kementerian.
MFA menarik perhatian bahawa Singapura komited untuk menyelesaikan isu-isu ini mengikut undang-undang antarabangsa.
Dalam permohonan yang dinyatakan oleh ICJ dalam satu kenyataan media pada Jumaat, Malaysia meminta mahkamah yang berpusat di The Hague memutuskan dan mengisytiharkan bahawa perairan di sekitar Pedra Branca/Pulau Batu Puteh berada dalam perairan wilayah Malaysia; oleh kerana Tubir Selatan terletak dalam perairan wilayah Malaysia, dan oleh yang demikian kedaulatan ke atas wilayah itu adalah milik Malaysia.
Malaysia memfailkan permohonan bagi semakan Penghakiman ICJ pada 2 Feb selepas menemui fakta baharu berdasarkan tiga dokumen yang disimpan di National Archives of the United Kingdom bagi menyokong tuntutannya.
Singapura sementara itu telah memfailkan Pemerhatian Bertulis pada 24 Mei, 2017 sebagai respon kepada permohonan Malaysia bagi semakan penghakiman ICJ.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 01 2017
![Singapura bantah permohonan Malaysia bagi interpretasi penghakiman ICJ 2008 Singapura bantah permohonan Malaysia bagi interpretasi penghakiman ICJ 2008](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/61498921388_PulauBatuPuteh.jpg)
Malaysia meminta mahkamah yang berpusat di The Hague memutuskan dan mengisytiharkan bahawa perairan di sekitar Pedra Branca/Pulau Batu Puteh berada dalam perairan wilayah Malaysia. - Gambar fail
[TERKINI] Hamas tangguh pembebasan tebusan Israel yang dijadualkan pada Sabtu
Hamas berkata ia akan menangguhkan pembebasan tebusan yang dijadualkan pada hari Sabtu.
Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang industri fesyen
Shinawatra mengalu-alukan legenda pentas peragaan British itu ke pejabat perdana menteri di Bangkok bagi membincangkan cara membantu membangunkan industri fesyen Thailand.
China sedia jalin hubungan dengan negara kepulauan pasifik
China bersedia menjalin hubungan lebih rapat dengan negara-negara Kepulauan Pasifik termasuk Cook Island.
menurut Kementerian Luar China pada Isnin, kenyataan ini dibuat bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat di New Zealand berhubung lawatan Perdana Menteri Cook Island, Mark Brown ke China minggu ini.
menurut Kementerian Luar China pada Isnin, kenyataan ini dibuat bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat di New Zealand berhubung lawatan Perdana Menteri Cook Island, Mark Brown ke China minggu ini.
Pendengaran permohonan batal tahan Suk Yeol minggu depan
Sebuah mahkamah Korea Selatan akan mendengar sama ada akan membatalkan penahanan Presiden yang didakwa, Yoon Suk Yeol pada minggu depan, menurut sumber pada Isnin.
Afrika Selatan persoal keputusan Trump henti bantuan kewangan
Kementerian Luar Afrika Selatan mengecam perintah eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden AS, Donald Trump, yang menghentikan bantuan kewangan ke negara itu.
Mereka berkata keputusan permohonan batal tidak tepat dan tidak mengiktiraf sejarah panjang kolonialisme serta apartheid di Afrika Selatan.
Mereka berkata keputusan permohonan batal tidak tepat dan tidak mengiktiraf sejarah panjang kolonialisme serta apartheid di Afrika Selatan.
Rasuah: Netanyahu sekali lagi hadir ke mahkamah
Netanyahu adalah pemimpin Israel pertama yang dihadapkan ke mahkamah sebagai defendan jenayah.
Busuk bau mayat reput, Penjara Muzenze di Congo dibersihkan
Memetik rakaman Reuters, ICRC turut dilihat melakukan proses pembersihan serta disinfeksi bagi mengelak berlakunya penularan wabak.
ASEAN punya potensi, Turkiye mahu main peranan lebih luas
Turkiye melihat faktor keaktifan ASEAN dalam geopolitik antarabangsa, selain turut mempunyai potensi pasaran lebih besar.
Hubungan erat Malaysia- Turki mampu buka peluang di peringkat global
Penasihat khas Menteri Luar Negeri (Kemanusiaan dan Pembangunan Semula), Datuk Ahmad Azam Ab Rahman berkata, ini kerana kedua-dua negara itu mempunyai lokasi strategik yang menjadi penghubung penting antara ASEAN dan Eropah.
Sultan Nazrin perkenan kurniakan Erdogan dengan anugerah tertinggi Universiti Malaya
Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Isnin telah berkenan mengurniakan anugerah tertinggi Universiti Malaya (UM), Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
Sultan Nazrin, yang juga Canselor UM, berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat itu kepada Erdogan dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Sultan Nazrin, yang juga Canselor UM, berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat itu kepada Erdogan dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
![Usul bahas laporan RCI Batu Puteh bukan untuk dakwa mana-mana pihak - Azalina Usul bahas laporan RCI Batu Puteh bukan untuk dakwa mana-mana pihak - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733916129_TBAZALINA.jpg)
Usul bahas laporan RCI Batu Puteh bukan untuk dakwa mana-mana pihak - Azalina
Perbahasan laporan RCI bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan serta keputusan untuk memperbaiki kelemahan berkaitan kes berkenaan.
![Takkan langsung Dr Mahathir tiada jasa kepada negara? - MP bahas laporan RCI Batu Puteh Takkan langsung Dr Mahathir tiada jasa kepada negara? - MP bahas laporan RCI Batu Puteh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733991805_tbTunMahathirMoham.jpg)
Takkan langsung Dr Mahathir tiada jasa kepada negara? - MP bahas laporan RCI Batu Puteh
Takiyuddin ketika berbahas menyifatkan laporan RCI tersebut sebagai cacat kerana sebanyak 47 daripada 217 muka surat telah dipadam.
![RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733984800_TBAnwar.jpg)
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
![Prosiding RCI Batu Puteh: Tun M enggan ulas, bakal adakan sidang media petang ini Prosiding RCI Batu Puteh: Tun M enggan ulas, bakal adakan sidang media petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718169555_TBMahathir.jpg)
Prosiding RCI Batu Puteh: Tun M enggan ulas, bakal adakan sidang media petang ini
Beliau akan mengadakan sidang media di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana pada jam 3 petang ini.
![12 Jun keputusan permohonan Dr Mahathir untuk semakan kehakiman 12 Jun keputusan permohonan Dr Mahathir untuk semakan kehakiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694834649_TBTUNM.jpg)
12 Jun keputusan permohonan Dr Mahathir untuk semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 12 Jun untuk keputusan permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk
![Sempadan maritim: Malaysia-Singapura terus berunding Sempadan maritim: Malaysia-Singapura terus berunding](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/81527675233_PedraBranca.jpg)
Sempadan maritim: Malaysia-Singapura terus berunding
Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya berkata Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi mesyuarat kelapan Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura (MSJTC) yang dijadual pada Oktober ini.
![Singapura alu-alukan cadangan kerjasama keselamatan sekitar Pulau Batu Puteh Singapura alu-alukan cadangan kerjasama keselamatan sekitar Pulau Batu Puteh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/61498921388_PulauBatuPuteh.jpg)
Singapura alu-alukan cadangan kerjasama keselamatan sekitar Pulau Batu Puteh
Dr Ng dilaporkan beliau bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Mohamad Sabu, sambil berkata kerjasama akan mewujudkan situasi menang-menang bagi kedua-dua negara jiran itu.
![ICJ dan Batu Puteh: Jangan buat kerbau tanduk panjang ICJ dan Batu Puteh: Jangan buat kerbau tanduk panjang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/61499074739_BatuPuteh.jpg)
ICJ dan Batu Puteh: Jangan buat kerbau tanduk panjang
Pepatah ini bertepatan dengan apa yang berlaku sekarang ini berkaitan keputusan Malaysia untuk menyemak semula kes Batu Puteh yang sekarang ini menjadi milik Singapura.
![Interpretasi penghakiman Batu Puteh: Laut China Selatan mungkin jadi wilayah Singapura? Interpretasi penghakiman Batu Puteh: Laut China Selatan mungkin jadi wilayah Singapura?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/61499074739_BatuPuteh.jpg)
Interpretasi penghakiman Batu Puteh: Laut China Selatan mungkin jadi wilayah Singapura?
Jika ICJ mengiktiraf Batu Puteh sebagai pulau, Singapura boleh mengambil 200 batu nautika Zon Perairan Eksklusif termasuk di Laut China Selatan.
![Johor harap keputusan positif isu Pulau Batu Puteh Johor harap keputusan positif isu Pulau Batu Puteh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/51485166938_KHALEDNORDIN.jpg)
Johor harap keputusan positif isu Pulau Batu Puteh
Johor berharap kerajaan memperoleh keputusan positif bagi permohonan semula semakan terhadap penghakiman ICJ berkaitan kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.