Seorang wartawan jurugambar bebas Palestin yang ditembak di mata oleh tentera Israel ketika membuat liputan demonstrasi di Tebing Barat menarik perhatian antarabangsa apabila wartawan dari seluruh dunia menyatakan solidariti dengan memakai penutup mata atau menutup sebelah mata mereka.
Muath Amarneh, 35, sedang dirawat di Pusat Perubatan Hadassah di Baitulmuqaddis sejak ditembak di sebelah mata kiri menggunakan peluru hidup Jumaat lepas oleh tentera Israel yang cuba meleraikan penunjuk perasaan Palestin di Kampung Surif di Wilayah Selatan Tebing Barat.
Kempen atas talian menggunakan hastag ‘MuathEye’, ‘EyeofTruth’ dan ‘MuathAmarneh’ dilancarkan menjadi trend di media sosial disusuli dengan video serta gambar Amarneh dibawa ketika pendarahan di mata kirinya sejurus selepas ditembak.
Penunjuk perasaan ketika itu sedang menyatakan bantahan terhadap rampasan tanah kampung oleh tentera Israel.
Keluarga wartawan jurugambar itu berkata mereka dimaklumkan oleh doktor di Pusat Perubatan Hadassah bahawa mata kirinya tidak boleh diselamatkan dan perlu dibedah keluar akibat kecederaan.
Walapun rakan sekerja Amarneh mengesahkan bahawa dia disasarkan oleh tentera Israel, namun rejim menafikan perkara itu.
Ketika ditemubual oleh AFP, Wartawan berusia 35 tahun itu berkata beliau berdiri di sebelah tepi sambil memakai jaket yang jelas tertera perkataan ‘Press’ berserta helmet.
Katanya: “Tiba-tiba saya rasa sesuatu mengenai mata saya, Saya ingat peluru getah atau batu. Saya memegang mata saya dan tidak merasa apa-apa, Saya tidak dapat melihat kerana mata saya hilang sepenuhnya.”
Wartawan terkemuka dan aktivis Palestin memuatnaik gambar mereka menutup satu mata untuk menyokong Amarneh dan menggalakkan orang ramai melakukan perkara yang sama bagi meningkatkan kesedaran mengenai pelanggaran Israel terhadap kebebasan akhbar terutamanya ketika membuat liputan protes.
Timbalan Editor Asing The National, Deck Moore memuatnaik di laman Twitter dengan menyatakan: Mata kebenaran tidak akan pernah dibutakan. Hari ini, puluhan wartawan Palestin melakukan protes mengenai insiden Muath Amarneh, yang kehilangan matanya.”
Sementara itu, aktivis Palestin Hanan Ashwari menulis : “Kami akan terus menjadi saksi. Dalam perpaduan dan kasih sayang.”
Kebebasan akhbar dihadkan dengan serius di wilayah tersebut dengan Palestin pada tangga ke 134 daripada 180 pada indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2018.
Yousef Alhelou, seorang wartawan bebas Palestin pembuat filem dokumentari berkongsi sekeping gambar mengenai Buletin Berita dalam Palestin TV yang mana penyampainya memakai penutup mata sebagai mesej solidariti.
Di Gaza dan Tebing Barat, protes solidariti diadakan dengan penunjuk perasaan memegang sepanduk dengan tertulis : “The eyes of truth will never be blinded.”
Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengutuk serangan itu dan berjanji untuk memastikan Amarneh mendapat penjagaan perubatan terbaik berikutan kecederaannya.
Kejadian itu juga dikecam Persekutuan Wartawan Antarabangsa (IFJ), yang merupakan kumpulan advokasi global bertujuan untuk menjaga kebebasan media, mereka menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengadaptasi konvensyen yang memastikan perlindungan kepada semua wartawan.
Sekurang-kurangnya, 60 wartawan telah menjadi sasaran tembakan oleh tentera Zionis pada tahun ini, 43 daripada mereka cedera akibat bom bunyi, manakala 170 lagi dipukul serta dihalau untuk membuat liputan.
Setakat ini, seramai 18 wartawan turut ditahan di dalam penjara Israel.
Afiezy Azaman
Tue Nov 19 2019

Penyampai berita di TV Palestin ketika Buletin pukul 9 menunjukkan solidariti dengan wartawan jurugambar Muaaz Amarnah yang kehilangan mata kirinya akibat ditembak tentera Israel. - Foto Twitter@YousefAlhelou

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

Tentera Israel rampas ibu pejabat UNRWA di Baitulmuqaddis
Keputusan itu berikutan kelulusan draf rang undang-undang yang bertujuan untuk memutuskan hubungan antara Israel dan UNRWA.

Tindakan Israel tahan, usir Imam Besar Masjid Al-Aqsa perbuatan keji - Peguam
Tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Israel sebenarnya tidak sah kerana mereka tidak mempunyai sebarang kuasa ke atas Baitulmuqaddis dan Masjid Al-Aqsa.

Rejim zionis lepas bom pemedih mata, pukul jemaah di Masjid Al-Aqsa dengan cota
Saksi berkata serangan dron tersebut bagi memaksa jemaah meninggalkan pekarangan Masjid Al-Aqsa.

Australia tarik balik keputusan iktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel
Wong memberitahu wartawan keputusan Morrison pada 2018 telah menyebabkan Australia diketepikan majoriti masyarakat antarabangsa.

Misi kemanusiaan HM4P dua minggu hulur bantuan kepada warga Palestin
HM4P juga akan menyalurkan bantuan kewangan, bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis, Tebing Barat dan warga Palestin yang terjejas di Gaza.

Derma menerusi NGO Malaysia disasar terus kepada penduduk Palestin, bukan Masjid Al-Aqsa - MyCARE
Semua derma yang dikumpulkan sejak 17 tahun lepas adalah bagi kumpulan penerima yang disasar di Palestin, termasuk yang tinggal berhampiran dengan Masjid Al-Aqsa dan Baitulmuqaddis.

Liga Arab, Palestin kecam pembukaan pejabat Republik Czech di Baitulmuqaddis
Palestin dan Liga Arab mengecam pembukaan pejabat diplomatik Republik Czech di Baitulmuqaddis.

Saifuddin hadiri mesyuarat tergempar mengenai 'Deal of the Century'
Saifuddin akan menyampaikan kenyataan Malaysia dalam mesyuarat tergempar terbuka Jawatankuasa Eksekutif pada peringkat menteri luar OIC itu.

Solidariti global buat jurugambar Palestin kehilangan mata ditembak Yahudi
Muath Amarneh ditembak di sebelah mata kiri menggunakan peluru hidup Jumaat lepas oleh tentera Israel.

Kebakaran di Masjid Al-Aqsa ketika Katedral Notre Dame terbakar
Rakaman menunjukkan asap dan api muncul dari atap struktur dikenal pasti sebagai Bilik Solat Marwani kini berlegar di media sosial.