Sultan Brunei meraikan tahun ke-50 di atas takhta dengan sambutan mewah termasuk perarakan yang berkilauan, disertai 21 das tembakan dan upacara di istana baginda yang berhias emas.
Upacara meraikan Sultan Hassanal Bolkiah – yang melibatkan baginda menyertai perarakan khas menaiki pedati diraja di hadapan rakyat – adalah antara peristiwa penting bagi menandakan jubli emasnya.
Sultan Brunei, 71, yang merupakan raja kedua terlama memerintah, menaiki takhta di negara kesultanan di pulau Borneo tersebut pada bulan Oktober 1967.
Selama lima dekad, baginda bertakta dalam pemerintahan monarki mutlak yang jarang wujud di dunia ini. Sepanjang tempoh itu, Brunei memperoleh kemerdekaan sepenuhnya daripada Britain seterusnya berjaya menaikkan taraf hidup rakyatnya menjadi antara yang tertinggi di dunia disebabkan rizab minyak dan gas.
Perayaan hari ini bermula dengan Sultan dan Permaisuri baginda menyaksikan perbarisan pengawal diraja, diikuti dengan tembakan hormat senapang.
Kompleks bangunan istana berwarna putih dengan hampir 1,800 bilik serta berkubah emas itu akan dihadiri oleh tetamu anggoa kerabat diraja dan menteri.
Kemuncak perayaan jubli yang berlanjutan selama dua minggu itu merupakan perarakan melalui ibu kota, Bandar Seri Begawan.
Pasangan diraja Brunei akan berangkat dalam kereta kuda yang dihiasi emas dan akan disambut 80,000 rakyat yang akan membanjiri laluan.
Pasukan pancaragam dan anggota angkatan tentera juga akan turut serta dalam perarakan meriah tersebut.
Pemimpin-pemimpin Asia Tenggara dan keluarga diraja Asia Barat akan menghadiri jamuan negara pada hari Jumaat untuk menyambut perayaan jubli berkenaan.
Antara ahli pemimpin negara yang turut serta ialah Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak, Presiden Indonesia Joko Widodo, pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi, dan Presiden Filipina Rodrigo Duterte.
Brunei, dengan populasi penduduk kira-kira 400,000, diperintah oleh keluarga diraja yang sama selama 600 tahun.
Agensi
Thu Oct 05 2017
Sultan Hassanal Bolkiah dan Permaisuri baginda diarak menggunakan pedati kuda diraja menyusuri laluan yang dibanjiri rakyat jelata. - Reuters
Banjir: Sektor swasta diseru sediakan jentera turun padang
Pada masa sama, Datuk Seri Anwar turut menyeru sektor swasta turut menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir bukan sahaja dari segi pemberian dana, tetapi juga menyediakan jentera turun padang untuk membantu rakyat yang terkesan.
Hampir 50 anggota RELA dikerah di Pahang
Seramai hampir 50 anggota RELA digerakkan RELA Pahang daripada daerah Raub dan Jerantut untuk ditugaskan di 23 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di dua daerah tersebut.
Menerusi hantaran di Facebook, RELA Malaysia memaklumkan kesemua PPS tersebut menempatkan seramai 1117 mangsa daripada 377 keluarga.
Menerusi hantaran di Facebook, RELA Malaysia memaklumkan kesemua PPS tersebut menempatkan seramai 1117 mangsa daripada 377 keluarga.
Sektor defensif pilihan strategik pelabur berdepan ketidaktentuan ekonomi
Dalam menghadapi ketidakpastian ekonomi global, sektor defensif menjadi pilihan utama pelabur Malaysia yang ingin melindungi modal sambil memperoleh pulangan yang konsisten.
Banjir: Situasi terkini di Machang, Kelantan
Bersama Encik Mohd Zamri Ibrahim, Ketua Jajahan Daerah Machang, Kelantan, bagi mengikuti situasi semasa banjir di Machang, Kelantan.
Banjir: KPM pertimbang SPM dianjak luar musim tengkujuh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mempertimbangkan cadangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dianjak ke luar musim tengkujuh.
Banjir_ Tangguh SPM akan jejaskan perkara-perkara lain - KP Pendidikan
Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata penangguhan SPM hanya akan jejaskan perkara-perkara lain termasuk kemasukan universiti dan KPM yakin dapat tangani isu yang berlaku.
Tiada calon SPM di bawah KPM yang terkandas banjir - KP Pendidikan
Melalui laporan yang diperoleh KPM setakat ini, tiada calon SPM di bawah KPM yang terkandas banjir, kata Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan.
Kematian akibat denggi di Bangladesh hampiri 500
Bangladesh terus bergelut dengan wabak denggi yang semakin meruncing apabila hampir 30,000 kes dan 173 kematian direkodkan sepanjang November.
Tiada calon tercicir SPM hari ini, pemindahan ke asrama selesai sepenuhnya semalam - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas akibat banjir berjaya menduduki Ujian Bertutur Bahasa Melayu yang bermula hari ini, selepas operasi memindahkan mereka selesai sepenuhnya semalam.
[TERKINI] KPM pertimbang cadangan SPM bukan pada musim tengkujuh
Kementerian Pendidikan (KPM) pertimbang cadangan supaya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilakukan di luar musim tengkujuh.
Rukun Negara bina kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran bersama
Penghayatan terhadap lima prinsip Rukun Negara merupakan tunjang utama kepada perpaduan dan penyatuan bangsa Malaysia.