PRESIDEN baharu Zimbabwe Emmerson Mnangagwa nampaknya tidak mahu pentadbirannya diganggu bayang-bayang bekas ketuanya Robert Mugabe.
Mnangagwa yang kini menerajui parti pemerintah ZANU-PF bertindak memecat 11 anggota parlimen negara itu yang punya hubungan rapat bekas diktator berusia 93 tahun itu.
Kesemua yang dipecat sebelum ini secara terbuka menyokong Mugabe dan isterinya Grace.
Timbalan speaker parlimen, Mabel Chinomonsa memaklumkan ZANU-PF telah memaklumkan kepada parlimen mengenai status 11 orang ahli parlimen berkenaan yang tidak lagi mewakili kepentingan parti itu.
Sebahagian daripadanya merupakan menteri kabinet pada era pentadbiran Mugabe.
Menurut media tempatan, ZANU-PF kini dalam proses penstrukturan semula dengan menyasarkan mereka yang secara terbuka menyokong Mugabe.
Mnangagwa mengambil alih kerusi presiden daripada Mugabe pada November tahun lalu menerusi rampasan kuasa oleh pihak tentera.
Ini bukan kali pertama Mnangagwa bertindak menyingkirkan orang kuat Mugabe daripada pentadbiran negara itu.
November lalu, lima dipecat termasuk Jonathan Moyo, individu paling lantang yang mahu Grace mengambil alih teraju kepimpinan daripada suaminya.
Beberapa lagi sekutu politik Mugabe ditahan pihak tentera dalam serbuan 15 November tahun lepas, sementara ada yang melarikan diri ke negara lain.
Tindakan drastik Mnangagwaini bagaimanapun dibimbangi bakal mencetuskan gelombang penentangan terhadapnya.
Sekaligus menjejaskan peluangnya untuk mengekalkan jawatannya dalam pilihan raya presiden yang dijangka diadakan dalam tempoh empat atau lima bulan lagi.
Agensi
Fri Jan 19 2018
Emmerson Mnangagwa tidak mahu 'orang Mugabe' berada dalam pentadbirannya - Gambar REUTERS
Waspada 'smishing': Penipuan SMS paling santai
Pautan yang dihantar dalam percubaan smishing lazimnya adalah untuk mendapatkan pengesahan identiti mangsa.
Musk ambil alih agensi AS, wujudkan pusat kuasa baharu
Pengambilalihan pantas terhadap dua agensi kerajaan Amerika Syarikat oleh Elon Musk telah memberinya kawalan ke atas tenaga kerja persekutuan yang berjumlah 2.2 juta orang, sekali gus mencetuskan perubahan drastik dalam pentadbiran kerajaan.
Sebagai individu terkaya di dunia dan sekutu rapat Presiden Donald Trump, Musk, telah mewujudkan pusat kuasa baharu di Washington dalam tempoh dua minggu menerusi pelaksanaan inisiatif pemotongan kos yang bertujuan mengurangkan saiz kerajaan persekutuan.
Sebagai individu terkaya di dunia dan sekutu rapat Presiden Donald Trump, Musk, telah mewujudkan pusat kuasa baharu di Washington dalam tempoh dua minggu menerusi pelaksanaan inisiatif pemotongan kos yang bertujuan mengurangkan saiz kerajaan persekutuan.
“Beri kami idea untuk selesai isu pemisah “- Thailand
Malaysia diminta untuk memberikan idea kepada Thailand bagi membolehkan negara itu menyelesaikan isu pemisah yang didakwa menguggat keselamatan dan keamanan di wilayaj selatan.
Thailand mohon jasa Malaysia tangani isu dadah
Thailand mohon jasa baik Malaysia wujudkan perkongsian maklumat risikan formal dan tidak formal sebagai salah satu usaha menangani masalah pengedaran dan penyeludupan dadah secara lebih berkesan.
[TERKINI] SPRM teliti pelbagai sudut termasuk bayaran diterima selebriti
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperluas skop siasatan dengan meneliti jumlah bayaran yang diterima tiga selebriti yang menjadi pempengaruh bagi sebuah syarikat perunding kewangan yang dikaitkan dalam Op Sky.
[TERKINI] Jurutera maut, nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong
Amirul Aiman membawakan perkembangan terkini dari lokasi nahas helikopter yang mengorbankan satu nyawa di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong.
Putrajaya, 3 negeri catat sifar miskin tegar tahun lepas
Usaha Kerajaan MADANI untuk menoktahkan kemiskinan tegar menunjukkan kemajuan yang sangat memberangsangkan, dengan tiga negeri dan satu Wilayah Persekutuan berjaya mencatatkan sifar miskin tegar.
Hafidz dakwa bekas isteri bawa anak ke Australia tanpa izin
Hafidz Roshdi mendakwa dirinya langsung tidak diberikan peluang oleh bekas isteri, Shuhada Mat Shukri untuk berjumpa dengan dua anak mereka sejak lebih setahun lalu.
[TERKINI] Nahas helikopter: TNB arah kerja, penggunaan helikopter diberhentikan
TNB memaklumkan pihak mereka akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan insiden tersebut.
[TERKINI] Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
Seorang warga Indonesia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden helikopter di Jalan Lama KL - Bentong akibat terkena bilah kipas.
Mnangagwa angkat sumpah jawatan Presiden Zimbabwe pada Isnin
Upacara pelantikan itu akan diadakan di Stadium Sukan Negara yang mempunyai 60,000 tempat duduk di ibu negara Harare.
Reformasi tanah tidak dapat dihalang - Presiden Zimbabwe
Beliau berkata Barat menentang sekeras-kerasnya pembaharuan itu, dan mengenakan sekatan ekonomi terhadap negara itu.
11 calon bertanding dalam pemilihan presiden Zimbabwe
PRU Zimbabwe dijadualkan pada 23 Ogos untuk memilih Presiden baharu, wakil parlimen dan wakil kerajaan tempatan untuk penggal lima tahun.
Presiden Zimbabwe suarakan kebimbangan terhadap lonjakan kes COVID -19
Beliau menggesa masyarakat supaya berhenti melindungi individu yang kembali dari luar negara yang berhasrat melarikan diri daripada, atau tidak melepasi pusat kuarantin.
Zimbabwe isytihar Robert Mugabe sebagai pahlawan negara
Presiden Emmerson Mnangagwa mengumumkan perkara itu di Parlimen dan negara akan berkabung sehingga jasad pemimpin itu dikebumikan.
Robert Mugabe meninggal dunia
Bekas Presiden Zimbabwe, Robert Gabriel Mugabe meninggal dunia pada usia 95 tahun di sebuah hospital di Singapura pagi tadi.
Suruhanjaya siasat keganasan pasca pilihan raya - Mnangagwa
Demikian antara janji Emmerson Mnangagwa sebaik mengangkat sumpah sebagai presiden Zimbabwe pada Ahad.
Mnangagwa diisytihar menang pilihan raya Zimbabwe
Mnangagwa yang juga bekas sekutu Robert Mugabe memperoleh 50.8 peratus undi, mendahului jumlah undi 44.3 peratus yang dimiliki parti MDC, pimpinan Nelson Chamisa.
Keganasan tidak mampu bunuh impian wujudkan Zimbabwe yang baharu - Presiden Mnangagwa
Mesej jaminan itu dibuat susulan insiden letupan yang berlaku semasa beliau berkempen pada satu perhimpunan politik di Stadium White City, Bulawayo.
49 orang cedera dalam letupan di perhimpunan politik Presiden Zimbabwe, kata polis
Presiden Emmerson Mnangagwa berkata satu objek "telah meletup dalam jarak beberapa inci dari tempat saya berada - namun ajal saya belum tiba."