Perbicaraan remaja perempuan Palestin, Ahed Tamimi, yang ditahan selepas menyepak dan menampar tentera Israel, dibuat secara tertutup oleh mahkamah tentera Israel pada Selasa.
Tamimi menghadapi 12 dakwaan termasuk menyerang anggota tentera dan mendatangkan kekerasan.
Bagaimanapun, keluarga Tamimi mahukan perbicaraan dijalankan secara terbuka.
Individu dewasa yang didapati bersalah menyerang anggota tentera boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 10 tahun.
Namun, ia tidak akan berlaku ke atas pesalah juvana.
Ahed Tamimi, 17 tahun, ditahan selepas rakaman video beliau menampar tentera Israel di luar rumahnya pada 15 Disember lalu menjadi viral.
Remaja terbabit dianggap sebagai wira oleh rakyat Palestin kerana berani bertindak ke atas rejim anggota zionis itu.
Bagi mereka, Tamimi adalah ikon nasional dan diangggap sebagai simbol penentangan ke atas pendudukan Israel.
Dua tahun lalu, video dia menggigit tangan tentera turut viral, yang membuatnya dipuji oleh pemimpin Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Sementara itu, penggiat hak asasi dunia menyatakan sistem perundangan Israel tidak mempunyai peruntukan untuk melindungi pesalah di bawah umur selain tiada jaminan proses perbicaraan yang adil.
Agensi
Tue Feb 13 2018
Tamimi (tengah) mungkin ditahan di penjara Israel untuk satu tempoh yang lama. (Foto AP)
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
Israel tahan adik lelaki ikon perjuangan Palestin
Alasan di sebalik penahanan itu masih tidak jelas dan tentera Israel belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.
Tun Mahathir ketuai senarai 500 Individu Islam Paling Berpengaruh 2019
Kejayaan beliau memimpin Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14, sekali gus bergelar Perdana Menteri kali kedua, menjadi ciri istimewa beliau.
Ahed Tamimi hiasi muka depan Vogue Arabia
Ahed yang menjalani hukuman penjara lapan bulan kerana memukul tentera Israel diangkat sebagai srikandi oleh penduduk Palestin.
Serikandi Palestin terima penghormatan Real Madrid
Remaja berusia 17 tahun itu dijemput bersama bapanya Basim Tamimi ke Stadium Santiago Bernabeu di Madrid, bertemu bekas penyerang, Emilio Butragueno, dan menerima jersi bola sepak.
Cucu Nelson Mandela jemput aktivis remaja Palestin ke Afrika Selatan
Cucu lelaki ikon hak asasi manusia Nelson Mandela, Mandla Mandela, akan menjemput aktivis remaja Palestin, Ahed Tamimi ke Afrika Selatan untuk menerima anugerah istimewa.
Tamimi, yang menampar tentera Israel, pernah dipuji Erdogan
Perbicaraan remaja perempuan Palestin, Ahed Tamimi yang ditahan selepas menyepak dan menampar tentera Israel dibuat secara tertutup oleh mahkamah tentera Israel pada Selasa,