awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tel Aviv bandar raya paling mahal untuk didiami di dunia

Astro Awani
Astro Awani
01/12/2021
22:51 MYT
Tel Aviv bandar raya paling mahal untuk didiami di dunia
Tel Aviv berada di kedudukan teratas kerana sebahagiannya disebabkan oleh kekuatan mata wang negaranya iaitu shekel, berbanding dolar, selain faktor kenaikan harga pengangkutan dan barangan runcit. - Foto REUTERS
TEL AVIV, sebuah bandar raya di Israel dinamakan sebagai bandar raya paling mahal di dunia untuk didiami, ketika kos hidup semakin tinggi di seluruh dunia.
Bandar raya itu muncul kali pertama dalam hasil tinjauan Economist Intelligence Unit (EIU), naik lima anak tangga berbanding tahun lalu sekali gus meletakkan Paris dan Singapura berkongsi tempat di tangga kedua.
Manakala Damsyik, ibu kota Syria mengekalkan kedudukannya sebagai bandar yang paling murah untuk didiami pada tahun ini.
Tel Aviv berada di kedudukan itu kerana sebahagiannya disebabkan oleh kekuatan mata wang negaranya iaitu shekel, berbanding dolar, selain faktor kenaikan harga pengangkutan dan barangan runcit.
Tinjauan daripada EIU turut mendapati Tel Aviv adalah bandar raya kedua termahal bagi penjualan alkohol dan pengangkutan, kelima untuk barangan penjagaan diri, dan keenam untuk rekreasi.
Pengangkutan telah menyaksikan kenaikan harga terbesar, dengan kos seliter petrol naik sebanyak 21 peratus secara purata.
Data bagi tahun ini dikumpul pada Ogos dan September lalu, ketika harga barang dan komoditi meningkat dan menunjukkan secara purata harga meningkat 3.5 peratus dalam mata wang tempatan, iaitu kadar inflasi terpantas direkodkan dalam tempoh lima tahun lalu.
Ketua Sara Hidup Seluruh Dunia EIU, Upasana Dutt, berkata sekatan sosial akibat pandemik COVID-19 telah mengganggu bekalan barangan dan membawa kepada kekurangan (bekalan) dan harga yang lebih tinggi.
Pada tahun lalu, Zurich, Paris dan Hong Kong berkongsi kedudukan di tempat pertama sebagai bandar raya paling mahal di dunia.
Topic Berkaitan
#Israel
#Tel Aviv
#bandar raya paling mahal
#mata wang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan