Tular rakaman video di mana seorang anggota polis berdepan dengan situasi cemas dan berbahaya apabila bahagian matanya tertusuk anak panah.
Bagaimanapun, anggota polis berkenaan masih mampu berjalan dan melaksanakan tugasnya.
Memetik di Instagram krishnamurti_bd91, rakaman itu dikongsi Ketua Bahagian Hubungan Antarabangsa Polis Negara dan bekas Pengarah Jenayah di Polis Metro Jakarta, Brigadier Jeneral Krishna Murti.
Dalam rakaman itu, pegawai berkenaan tetap berjalan di zon konflik walaupun matanya cedera.
Krishna memuji tindakan polis berkenaan dan menggelarnya seorang pahlawan.
"Walaupun tidak ingin jadi pahlawan, hanya ingin melaksanakan tugas. Mata kena panah ketika cuba mengawal konflik. Dia tetap kuat. Kamu hebat! Kami bangga!," katanya.
Seperti yang dilaporkan oleh portal Kumparan, polis itu dipindahkan ke Papua, Jayapura untuk rawatan selanjutnya.
Difahamkan, sekurang-kurangnya lima orang awam dilaporkan cedera dan sekurang-kurangnya lima buah rumah dan lima kedai dibakar akibat rusuhan itu.
Seorang lagi pegawai polis juga dilaporkan terkena anak panah di peha semasa rusuhan tersebut.
Daerah Gunung Bintang menyaksikan banyak pertempuran ganas sejak April antara kumpulan yang menyokong dan menentang kepimpinan Constans Oktemka.
Sinar Harian
Mon Oct 08 2018
Memetik di Instagram krishnamurti_bd91, rakaman itu dikongsi Ketua Bahagian Hubungan Antarabangsa Polis Negara dan bekas Pengarah Jenayah di Polis Metro Jakarta, Brigadier Jeneral Krishna Murti. - Foto Sinar Harian
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
2 suspek kes panah anjing sehingga mati ditahan
Dua lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian memanah seekor anjing sehingga mati di Kampung Berjaya, dekat Alor Setar ditahan polis petang tadi.
Cradle Fund: Tiga serpihan anak panah dijumpai
Tiga serpihan batang anak panah dijumpai di halaman rumah didiami Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund itu.
KPM semak semula SOP latihan susulan insiden anak panah tertusuk mata
KPM menggerakkan siasatan dalaman untuk menyemak sama ada semua Standard Operating Procedure (SOP) dipatuhi semasa menjalani latihan memanah.
Pelajar Tingkatan 4 nyaris buta, anak panah tertusuk mata waktu latihan
Anak panah itu terus menuju ke arah kepala dan mengenai pada mata kiri mangsa sehingga tembus ke telinga.
Polis serbu universiti, ancam tembak penunjuk perasaan dengan peluru hidup
Beratus-ratus pelajar dilaporkan masih berada di bangunan utama dengan masing-masing mempunyai senjata seperti anak panah dan busur.
'Kuasa telefon bimbit' yang tidak pernah anda terfikir
Kalau bukan kerana telefon bimbit, nyawa seorang lelaki berusia 43 tahun di Australia barangkali sudah hilang selepas dia diserang oleh anak panah di luar kediamannya.
Tetap bertugas walaupun mata tertusuk anak panah
Tular rakaman video di mana seorang anggota polis berdepan dengan situasi cemas dan berbahaya apabila bahagian matanya tertusuk anak panah.