Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-o-cha hari ini menyuarakan sokongan negaranya terhadap cadangan Malaysia bagi mewujudkan laluan kesalinghubungan lebih baik antara Pelabuhan Songkhla di selatan negara itu dengan Pelabuhan Pulau Pinang.
Malah, pemimpin Thailand itu berkata kedua-dua negara terbabit akan mempertingkatkan perbincangan mengenai perkara itu kerana melibatkan kepentingan bersama.
"Memandangkan kita berkongsi sempadan sama, bagi saya, adalah wajar untuk kita saling bekerjasama. Kita perlu membangunkan ekonomi secara bersama dengan meningkatkan aspek kesalinghubungan seperti pelabuhan, sempadan kastam dan pelaburan di kedua-dua negara," katanya pada sidang media di Rumah Kerajaan di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau menyambut kehadiran Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan ahli Kuala Lumpur Business Club (KLBC) yang melakukan lawatan tiga hari ke Thailand bermula semalam.
Delegasi KLBC itu diketuai oleh Presidennya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang juga Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd.
Johari menyuarakan cadangan Malaysia berhubungan aspek kesalinghubungan lebih baik antara Pelabuhan Songkhla dan Pelabuhan Pulau Pinang sewaktu beliau mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Thailand, Somkid Jatusripitak pada Khamis.
Beliau memberitahu Bernama, Thailand turut teruja dengan cadangan itu yang akan melancarkan pergerakan barangan dan kontena dari Pelabuhan Songkhla dan Pulau Pinang kerana faktor jarak kedua-duanya yang berhampiran.
Selain memberi kemudahan dari segi kesalinghubungan yang lebih baik antara kedua-dua pelabuhan itu, Prayut berkata beliau dan Johari turut membincangkan pembangunan Bandar Raya Getah antara wilayah Songkhla dan Kedah.
Johari turut membawa bersama beberapa pelabur yang berpotensi untuk projek berkenaan dan memperkenalkan mereka kepada Prayut dan Somkid.
"Mulai sekarang, kita akan mengadakan perbincangan lanjut mengenai pembinaan jalan raya (di sempadan) dan kita akan menggerakkan semuanya dalam tahun ini," kata Prayut.
Menurutnya, beliau dan Johari turut membincangkan cara untuk meningkatkan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara jiran berkenaan.
"Banyak negara yang berminat dengan Thailand dan bersedia untuk turut serta," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 15 2017
Jeneral Prayut Chan-o-cha menyuarakan sokongan terhadap cadangan Malaysia bagi mewujudkan laluan kesalinghubungan lebih baik antara Pelabuhan Songkhla dengan Pelabuhan P.Pinang.
Tiba masa buka lembaran baharu di Lubnan - PM Nawaf
Jelasnya ia memerlukan pelaksanaan penuh Resolusi 1701 Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), merangkumi beberapa perkara termasuk gencatan senjata dan memastikan pengunduran penuh Israel dari setiap inci wilayah Lubnan.
Presiden ICJ Nawaf Salam letak jawatan, galas jawatan PM Lubnan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang berpangkalan di The Hague mengumumkan pada Selasa bahawa presidennya, hakim Nawaf Salam telah meletak jawatan susulan pelantikannya sebagai Perdana Menteri Lubnan.
Terengganu perlu lebih RM2.4 bilion atasi masalah hakisan pantai
Jumlah itu anggaran kasar dengan mengambil kira kos pembinaan yang menelan belanja antara RM5 juta hingga RM10 juta untuk satu kilometer.
Perancis harap kemajuan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia
Perancis menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara, berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
SPRM, FBI tingkatkan kerjasama banteras jenayah rasuah antarabangsa
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) akan meningkatkan kerjasama bagi menangani cabaran dalam membanteras jenayah rasuah di peringkat serantau dan antarabangsa.
ChatGPT perkenal ciri peringatan, penjadualan tugasan berulang
Ciri ini boleh diakses oleh pengguna berbayar ChatGPT Plus dan masih dalam versi beta.
Pengurus syarikat rugi lebih RM1.6 juta akibat pelaburan kripto tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta di Ampang Jaya mengalami kerugian lebih RM1.6 juta selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan mata wang tidak wujud yang diiklankan di laman sosial Facebook.
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Pelan tindakan ini menjadi panduan strategik, menggariskan pelbagai inisiatif yang akan diambil untuk meningkatkan sektor pelancongan Labuan dari 2025 hingga 2030.
Gerai penjaja sekitar Jalan Masjid India dinaik taraf secara berfasa - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menaik taraf kawasan gerai penjaja sekitar Jalan Masjid India di ibu kota ini secara berfasa sebagai usaha berterusan meningkatkan keindahan, kebersihan dan daya tarikan ke kawasan itu.
Mahkamah Thailand jamin prosiding akan berjalan pantas
Hakim Mahkamah Narathiwat Yuan Khao Kham beri jaminan prosiding enam rakyat Malaysia yang dihadapkan dengan pertuduhan dadah dan imigresen di Thailand akan dijalankan secara pantas.
Pulau Pinang tingkatkan saringan sebagai langkah kawalan Zika
Kerajaan Pulau Pinang kini menjalankan saringan ketat di semua pintu masuk termasuk antarabangsa termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Pelabuhan Pulau Pinang.