Keputusan Perdana Menteri United Kingdom (UK) Boris Johnson menggantung Parlimen selama lima minggu sebelum ini adalah tidak sah.
Hakim Mahkamah Agung Britain mendapati keputusan dibuat Johnson itu bertentangan dengan laras undang-undang.
Antara lain, presiden Mahkamah Agung, Lady Hale memutuskan adalah menyalahi undang-undang apabila tidak membenarkan ahli-ahli Parlimen menjalankan tanggungjawab mereka menjelang Brexit pada 30 Oktober ini.
Johnson yang kini semakin tertekan dengan desakan letak jawatan mengakui tidak bersetuju dengan keputusan tersebut tetapi tetap menghormatinya.
Sementara itu, pegawai kanan kerajaan berkata Ratu Elizabeth dimaklumkan Johnson mengenai perkembangan berkenaan tetapi butiran terperinci perbualan bagaimanapun tidak didedahkan.
Johnson turut mempengerusikan perbualan telefon selama 30 minit dengan barisan Kabinet sekembalinya ke London dari New York.
BACA: Rang undang-undang halang Brexit tanpa perjanjian diluluskan Parlimen Britain
Pada 29 Ogos lepas, Ratu Elizabeth memperkenankan permintaan Perdana Menteri UK itu untuk menggantung Parlimen sejak Isnin lepas hingga 14 Oktober ini.
Bagaimanapun, selepas keputusan tidak sah itu, Parlimen UK akan bersidang semula pada jam 11.30 pagi waktu tempatan untuk membincangkan berkenaan isu Brexit.
BACA: 21 Ahli Parlimen UK 'belot', Boris Johnson kalah undi di Parlimen
Bercakap di New York untuk kali pertama selepas pengumuman mahkamah itu, Johnson berkata beliau sangat tidak setuju dengan keputusan itu tetapi tetap akan menghormatinya.
"Saya mempunyai penghormatan tertinggi, sememangnya, untuk badan kehakiman dan kebebasan mahkamah kita, tetapi saya harus kata yang saya sangat tidak setuju dengan penghakiman ini.
"Dan kita di United Kingdom tidak akan terhalang daripada menyampaikan kehendak rakyat untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU) pada 31 Oktober, kerana itu yang kami diberi mandat untuk lakukan," katanya.
Menurutnya, beliau akan meninggalkan Amerika Syarikat untuk menghadiri sidang Parlimen di London.
"Pada masa yang sama, kami enggan dihalang daripada merealisasikan apa yang anda harapkan, iaitu satu agenda domestik yang dinamik dan menarik, bertujuan menjadikan negara kita lebih baik untuk kehidupan serta pelaburan.
"Oleh itu, kita akan teruskan dengan pelaburan infrastruktur, dengan 20,000 anggota polis, dengan melabur dalam NHS kami.
"Dan untuk melakukan itu, kami memerlukan Ucapan Ratu untuk menyatakan apa yang kami mahu lihat, iaitu Brexit disampaikan pada 31 Oktober," tambahnya.
Astro Awani
Tue Sep 24 2019
Keputusan Boris Johnson menggantung Parlimen selama lima minggu adalah tidak sah, menurut hakim Mahkamah Agung Britain. -Gambar fail
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Keputusan memperkenalkan semula slogan berkenaan adalah langkah strategik bagi memastikan Sinar kekal relevan serta terus dekat di hati pendengar.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.28 mata kepada 1,572.92 daripada 1,577.20 semalam.
Saham AS di tahap tertinggi, didorong ucapan Trump dalam forum Davos
Trump menyeru penurunan segera kadar faedah dan mendesak Arab Saudi mengurangkan harga minyak mentah.
Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
AWANI Ringkas: Pertemuan MMA, Menteri Kesihatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
Trump turut memberi amaran untuk mengenakan tarif jika pemain industri bertindak menghasilkan produk di luar Amerika Syarikat.
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Januari 2025
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
UEL: Gol dramatik Bruno Fernandes pacu kemenangan Manchester United
Tuan rumah menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama namun tidak berjaya menoktahkan beberapa peluang terhidang dengan jaringan.
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
Tak sedar aksi dirakam, penyampai BBC mohon maaf kepada penonton
Seorang penyampai berita saluran BBC memohon maaf atas selepas tidak sengaja menunjukkan jari tengah ketika mula bersiaran di televisyen.
Parlimen Britain sahkan laporan Boris Johnson berbohong
Ini sekaligus memberikan satu lagi tamparan kepada kerjaya politik bekas Perdana Menteri itu.
Boris Johnson didapati bersalah kerana 'penghinaan berulang' terhadap Parlimen
Siasatan mendapati bekas perdana menteri Britain Boris Johnson "berulang kali menghina" Parlimen berikutan penafiannya mengenai skandal "partygate".
Boris Johnson letak jawatan sebagai ahli parlimen
Bekas Perdana Menteri itu akui sedih apabila mengambil keputusan letak jawatan.
Kerajaan Britain diberi lebih masa serah mesej WhatsApp Boris Johnson
Hakim memberi tempoh sehingga Khamis, menyerahkan mesej dari aplikasi WhatsApp dan diari Johnson sebagai sebahagian daripada siasatannya.
Pengerusi BBC letak jawatan selepas laporan beliau terlibat dalam pinjaman untuk Boris Johnson
Pengerusi BBC Britain meletak jawatan pada Jumaat berikutan laporan yang mendapati beliau melanggar kod kerajaan.
'Tiada bukti saya mengelirukan Parlimen' - Boris Johnson
Boris Johnson menafikan beliau sengaja mengelirukan Dewan Rakyat dalam skandal parti di pejabat Downing Street.
Boris Johnson dipilih bertanding di Uxbridge, bagi pilihan raya umum akan datang
Pilihan raya umum akan datang di United Kingdom dijangka berlangsung selewat-lewatnya pada Januari 2025.
PM UK: Boris Johnson tarik diri, Rishi Sunak calon kegemaran
Percubaan kali pertama Sunak ialah pada musim panas lalu berikutan peletakan jawatan Johnson, tetapi kalah kepada Liz Truss, yang meletak jawatan Khamis lalu.
Boris Johnson tidak akan sertai perlumbaan jadi PM
Beliau memutuskan bahawa ia adalah satu keputusan yang tidak wajar untuk berbuat demikian pada masa ini.