“SAYA berasa amat sedih sekali melihat seorang kanak-kanak di meja bedah dengan kecederaan vaskular yang serius,” kata Dr Adib Khanafer sambil menitiskan air mata.
“Peluru tersebut mengenai pada saluran darah dan amat sukar untuk dirawat. Peluru telah merosakkan pelvis dan bahagian arteri di bawah terpotong,” kata Dr Adib menerusi laporan Stuff NZ.
Pakar vaskular di Hospital Christchurch itu berkata demikian pada satu sidang media di Christchurch pada Rabu, menceritakan keadaan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dirawatnya susulan serangan pengganas di masjid 15 Mac lalu.
Dr Adib, bapa kepada empat orang anak berumur antara tujuh dan 14 tahun, berkata ketika menjalankan tugasnya, beliau membayangkan anak itu adalah anaknya.
"Saya berjaya melakukan kerja saya dan mengawal emosi. Saya berjaya merawat kecederaan di arteri itu. Ia pastinya kemuncak kerjaya saya," kata Adib, seorang Muslim berketurunan Arab yang dilahirkan di England.
Kanak-kanak tersebut, Alen Alsati, kemudiannya dipindahkan ke hospital kanak-kanak di Auckland bersama bapanya yang menjalani rawatan rapi di sebuah hospital di Auckland.
Bapanya, Wasseim Alsati, juga cedera dalam insiden tragedi solat Jumaat itu. Dia ditembak tiga kali dan turut menjalani beberapa pembedahan.
Dr Adib berkata, dia mengenali dua orang yang terkorban dalam serangan di masjid itu, salah seorang daripadanya merupakan pesakitnya.
Kejadian di dua masjid di Christchurch pada Jumaat minggu lalu mengorbankan 50 nyawa dan mencederakan lebih 50 orang, majoritinya umat Islam yang sedang bersedia untuk mengerjakan solat.
Suspek, Brenton Tarrant, warga Australia berusia 28 tahun, seorang pengamal 'white supremacist' yang tinggal di Dunedin, New Zealand, telah didakwa di mahkamah.
Astro Awani
Thu Mar 21 2019
50 orang terkorban akibat serangan pengganas di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand, Jumaat 15 Mac lalu. - Gambar fail
Nahas helikopter: Bedah siasat mangsa nahas selesai petang ini - Polis
Bedah siasat ke atas jurutera warga Indonesia yang maut dalam insiden helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di sini pagi semalam, telah selesai hari ini.
MRCB: Nilai perolehan kontrak tahun ini dijangka naik antara RM4 bilion - RM5 bilion
Hong Leong Investment Bank Bhd berkata langkah ini akan meningkatkan dengan ketara nilai perolehan kontrak luarannya berbanding paras semasa RM4 bilion.
Premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
PAC menjelaskan ia diadakan susulan aduan rakyat mengenai kenaikan harga tidak terkawal dalam sektor hospital swasta, premium insurans dan impaknya kepada sistem kesihatan awam.
Vehicle inspections: MOT announces three new companies, ending Puspakom’s monopoly
Loke said the companies were selected based on key criteria, including financial stability and a minimum paid-up capital of RM10 million.
SST: Hasil untuk 2024 melebihi jangkaan
MOF juga berkata pengembangan skop SST yang dimuktamadkan dan semakan kadar akan diwartakan melalui perundangan subsidiari pada suku pertama 2025.
Rizab antarabangsa bnm berjumlah US$116.4 bilion pada 31 Jan, 2025
Rizab antarabangsa Malaysia meningkat kepada US$116.4 bilion pada 31 Jan, 2025 daripada US$115.5 bilion pada 15 Jan, 2025.
Dunia alami cuaca paling panas pada Januari 2025
Dunia mengalami Januari paling panas dalam rekod, meneruskan trend suhu global yang melampau.
Tidak perlu ubah sistem permarkahan 21 mata - Rexy
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berpendapat tiada keperluan untuk Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menukar sistem pemarkahan 21 mata sedia ada.
Pemeriksaan kenderaan: Anthony Loke umum 3 syarikat baharu, henti monopoli Puspakom
MOT lantik tiga syarikat baharu untuk melaksana pemeriksaan kenderaan, menamatkan monopoli Puspakom. Pelantikan ini diyakini dapat meningkatkan daya saing dan mudahkan pengguna.
Bomba selamatkan wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran
Tindakan pantas pihak bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran membabitkan sebuah kedai dua tingkat di Tingkat Mahsuri, Bayan Lepas di sini hari ini.
Tragedi Christchurch: Selepas lapan hari, kanak-kanak empat tahun masih kritikal
Alen Alsati antara mangsa termuda dalam tragedi yang meragut 50 nyawa itu.
Tragedi Christchurch: Dr Adib sebak cerita keadaan kanak-kanak di meja bedah
Dr Adib, bapa kepada empat orang anak berumur antara tujuh dan 14 tahun, berkata ketika menjalankan tugasnya, beliau membayangkan anak itu adalah anaknya.