Dua mayat mangsa nahas pesawat Saratov Airlines An-148 ditemui di lokasi nahas berhampiran perkampungan Argunovo, kira-kira 40km dari Lapangan Terbang Domodedovo, Moscow.
Pesawat penerbangan yang membawa 65 penumpang dan enam anak kapal itu baru beberapa minit berlepas dari Moscow ke Orsk, bandar kedua terbesar di Orenburg, wilayah bersempadan dengan Kazakhstan sebelum ia terhempas.
Tiada mangsa dilaporkan terselamat.
BACA: Pesawat Rusia terhempas, 71 maut
Dalam pada itu, Presiden Valdimir Putin dalam reaksi segeranya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa terlibat dan mengarahkan siasatan khas mencari punca nahas.
Mengulas lanjut, Menteri Pengangkutan Rusia Maxim Sokolov memaklumkan, pihaknya akan meneruskan siasatan bagi mencari punca nahas pesawat Antonov An-148 itu.
Bercakap pada taklimat di Lapangan Terbang Domodedovo Moscow, Sokolov berkata tugas yang paling mendesak ketika ini adalah untuk memberi bantuan kepada waris mangsa.
"Tugas utama pasukan khas adalah logistik.
"Saya juga ingin mengingatkan bahawa jawatankuasa siasatan bersama dengan Jawatankuasa Penerbangan Udara Transnasional sedang menjalankan siasatan dan belum ada sebarang kesimpulan boleh dibuat," ujarnya.
Sokolov juga berkata, pihaknya sedang mengumpulkan serpihan di lokasi nahas dan sedang mencari kotak hitam bagi menetukan punca nahas.
"Sekarang, tugas kami adalah untuk menganjurkan bantuan kepada waris yang terkorban dan pada masa sama saya ingin ucapkan takziah kepada mereka yang terlibat," tambahnya lagi.
Dalam taklimat sama, Ketua Agensi Pengangkutan Udara Persekutuan, Alexandr Neradko menjelaskan pesawat bekenaan tidak mempunyai masalah keselamatan.
Bagaimanapun, agensi itu akan tetap menjalankan pemeriksaan tambahan dan melaporkan hasil siasatan kepada kerajaan.
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Kesihatan Sergei Kraevoi memberitahu, para doktor dan pakar psikologi akan ditempatkan bersama ahli keluarga bagi memberi sokongan dari segi emosi.
"Kami akan menghantar pasukan kecemasan dengan lebih ramai pakar yang akan ditempatkan bersama keluarga.
"Kami juga sedang mengenal pasti identiti mangsa melalui ujian DNA dengan keluarga-keluarga mangsa," ujarnya.
Agensi
Sun Feb 11 2018
Serpihan pesawat penerbangan Antonov An-148 dikumpulkan selain mencari kotak hitam bagi mengenal pasti punca nahas. - REUTERS
Siti Nordiana berpantang kopi demi jaga suara
Penyanyi Siti Nordiana Alias terpaksa berpantang tidak mengambil minuman berkafein terutamanya kopi sejak setahun yang lalu.
AWANI Pagi: Masalah rambut lelaki & wanita
AWANI Pagi membincangkan mengenai isu kesihatan iaitu masalah rambut yang dihadapi oleh golongan lelaki & wanita.
Wan Mohd Rujhn Raqibi Wan Mohd Roslan, Pengarah Urusan RR Medical Group, Doktor Restorasi Rambut
Wan Mohd Rujhn Raqibi Wan Mohd Roslan, Pengarah Urusan RR Medical Group, Doktor Restorasi Rambut
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Sebutan kes ahli keluarga penyerang 12 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapkan 12 Disember depan untuk pengurusan kes tiga ahli keluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram.
Anugerah Seniman Negara penghargaan kepada pelukis komik - Lat
Lat sifatkan Anugerah Seniman Negara yang diterima beliau bukti pelukis komik turut diiktiraf setaraf dengan penggiat seni dan budaya lain.
Masters Jepun: Soon Huat-Shevon Lai mudah isi slot ke separuh akhir
Dalam set pertama, pasangan Malaysia ini memimpin perlawanan 11-7 sebelum pasangan Jepun menyamakan kedudukan seketika kepada 12-12.
Liga Negara-Negara UEFA: Haaland ledak jaringan ke-35 bersama Norway
Penyerang Manchester City itu melakukan hantaran memukau ke arah Sander Berge dengan bola itu melepasi penjaga gol.
Liga Negara-Negara UEFA: Itali dan Perancis mara ke suku akhir
The Azzurri menewaskan Belgium 1-0, dengan Sandro Tonali menjaringkan gol antarabangsa pertamanya.
COP29: Peranan institusi kewangan dan cabaran pembiayaan hijau di ASEAN
Di COP29 di Baku, Azerbaijan, kewangan iklim terus menjadi tumpuan utama. Selain peruntukan oleh kerajaan, keterlibatan institusi kewangan juga memainkan peranan penting. Editor kanan Dzulfitri Yusof berbincang dengan Ketua Kelestarian Perniagaan UOB Bank, Melissa Moi, mengenai realiti produk pembiayaan kewangan di rantau ASEAN dalam konteks pembangunan mampan serta risiko dan cabarannya.
Jiwa SME: Glide Technology Sasar Jualan RM30 Juta dengan Minyak Transformer Ester Minyak Sawit
Glide Technology Sdn Bhd menyasarkan untuk meraih jualan sebanyak RM30 juta dalam tempoh lima tahun hasil pengkomersialan minyak transformer berasaskan ester minyak sawit yang dihasilkan bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Presiden dan Pengasas Glide Technology, Datuk Muhazli Muhamad, menyatakan jualan ini akan diperoleh daripada pasaran Malaysia serta eksport di negara serantau. Kerjasama dengan MPOB akan memanfaatkan sumber minyak sawit negara untuk menghasilkan produk yang mematuhi piawaian ESG global. Pelaburan awal sebanyak RM9 juta akan digunakan untuk membangunkan kemudahan pengeluaran canggih di Shah Alam, dengan pengeluaran
Pertumbuhan KDNK Malaysia Suku Ketiga 2024: Analisis dan Unjuran
Dalam video ini, kami membincangkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga 2024 yang dijangka berkembang pada 5.3% tahun ke tahun. Pertumbuhan ini didorong oleh penggunaan domestik yang berterusan, peningkatan guna tenaga, dan pemulihan dalam perbelanjaan pelancong. Kami juga melihat risiko-risiko yang mungkin menjejaskan prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia. Tonton untuk mendapatkan analisis terperinci dan unjuran masa depan ekonomi Malaysia.
Kegagalan juruterbang aktifkan sistem pemanas punca nahas An-148 - penyiasat
Petunjuk yang diperoleh jelas menunjukkan bahawa juruterbang gagal menghidupkan unit pemanasan untuk peralatan pengukuran tekanan pesawat sebelum berlepas.
Tragedi Rusia: Mayat mangsa mula dijumpai
Dua mayat mangsa nahas pesawat Saratov Airlines An-148 ditemui di lokasi nahas berhampiran perkampungan Argunovo, kira-kira 40km dari Lapangan Terbang Domodedovo, Moscow.