Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan bakal Presiden Donald Trump mengadakan pertemuan empat mata di White House, dua hari selepas berakhir pilihan raya A.S.

Pertemuan tertumpu kepada pelbagai isu termasuk proses peralihan kuasa secara tersusun, berlangsung lebih sejam disusuli dengan sidang media selepas pertemuan mereka.

Ini adalah kali pertama Obama dan Trump bertemu, selepas episod kempen yang menyaksikan kedua-duanya menyerang peribadi masing-masing.

Trump sebelum ini berikrar mahu menamatkan legasi Obama dan turut mempersoalkan kerakyatan Obama.

Sementara Obama ketika berkempen, melabel Trump sebagai tidak layak jadi Presiden.

Namun dalam pertemuan ini, kedua-dua pemimpin mengetepikan perbezaan ketara yang wujud.