"Fire and Fury: Inside the Trump White House", tulisan Michael Wolff, dijadual dilancarkan pada Selasa.
Kandungan buku berkenaan ditulis dengan memetik kenyataan bekas pembantu kanan Trump, Steve Bannon.
Antaranya, isu campur tangan Rusia dalam pilihan raya Presiden pada November 2016, kelayakan Trump sebagai presiden, dakwaan isteri Trump menangis pada malam pilihan raya, serta cita-cita anak perempuan Trump, Ivanka mahu bertanding sebagai presiden.
White House sebelum ini mengeluarkan kenyataan mempertikaikan fakta dalam buku berkenaan.
Sementara Trump pula mendakwa Bannon, yang dipecat Ogos tahun lalu, tidak waras selepas hilang jawatannya dalam White House.
Kandungan buku yang bakal mencetus kontroversi adalah dakwaan pertemuan antara pengurus kempen Trump dengan pegawai kanan Rusia di Menara Trump.
Mesyuarat yang turut melibatkan anak sulung Trump, Donald Trump Jr, kini disiasat peguam khas, Robert Mueller berhubung dakwaan campur tangan Rusia untuk membolehkan taikun hartanah itu menang pilihan raya.
Trump bagaimanapun menafikan semua dakwaan dalam buku berkenaan.