Perdana Menteri Turki Binali Yildirim mengumumkan tempoh darurat di negara itu dilanjutkan selama tiga bulan lagi, berkuatkuasa pada Rabu, lapor agensi berita Turki Anadolu (AA).
Usul berkenaan menerima sokongan Parlimen menerusi undian oleh anggota parti pemerintah dan pembangkang.
Sebelum ini, melalui ucapan oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri dan pemimpin Parti Pergerakan Kebangsaan (MHP) Devlet Bahceli, memberikan bayangan awal darurat akan dilanjutkan.
Sementara itu, dalam satu perhimpunan agung Timbalan Perdana Menteri Nurettin Canikli menyifatkan cubaan rampasan kuasa oleh Pertubuhan Pengganas Fetullah (FETO) sebagai satu projek "berskala global".
Beliau berkata, projek itu dilihat bertujuan menghancurkan kedaulatan, kemerdekaan dan keutuhan Turki.
Mengulas mengenai tempoh lanjutan darurat, Canikli berkata, keadaan itu tidak menghalang hak dan kebebasan asas rakyat.
"Sehingga kini, tiada sesiapa kebebasannya diperkecilkan, dihadkan atau dihalang akibat darurat," katanya.
Turki menguatkuasakan darurat pada 20 Julai 2016 selepas FETO melancarkan cubaan rampasan kuasa pada 15 Julai tahun yang sama.
Sekurang-kurangnya 250 orang terbunuh dan hampir 2,200 cedera dalam cubaan rampasan kuasa itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2017

Usul Perdana Menteri Turki Binali Yildirim (gambar) menerima sokongan Parlimen menerusi undian oleh anggota parti pemerintah dan pembangkang. - Gambar fail

Ramadan di Gaza suram, dibelenggu duka kehilangan insan tersayang
Ketika umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh keriangan, suasana suram dan pilu menghimpit penduduk Gaza yang terus diselubungi perasaan kehilangan insan tersayang.
KWSP: Dividen lebih tinggi, 6.3% bagi simpanan Konvensional dan Shariah
Bagi tahun berakhir 31 Disember 2024, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM74.46 bilion, meningkat 11 peratus berbanding RM66.99 bilion yang direkodkan pada 2023.
KWSP: Lebih 400,000 ahli baharu, jumlah ahli cecah 16.22 juta
Daripada jumlah itu, 8.78 juta adalah ahli aktif, mewakili 51% daripada 17.32 juta tenaga buruh Malaysia.
Tubuh jawatankuasa, kemudian bincang peruntukan - TPM
Jawatankuasa bagi membincangkan cadangan berhubung pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih belum dapat ditubuhkan.

Aset pelaburan KWSP cecah RM1.25 trilion, 63 peratus dilaburkan dalam pasaran domestik
Aset pelaburan KWSP mencapai RM1.25 trilion setakat 31 Dis, 2024, dengan 63 peratus daripadanya dilaburkan dalam pasaran domestik.
AWANI Ringkas: Jumlah dividen KWSP lebih tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dividen yang kukuh bukti daya tahan KWSP - Amir Hamzah
Pencapaian dividen yang kukuh dan berdaya saing oleh KWSP pada 2024 membuktikan daya tahan serta komitmennya dalam memastikan masa depan persaraan ahli terjamin.

Murid cedera dilanggar SUV ketika melintas jalan
Seorang murid cedera selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika sedang melintas berhampiran kawasan sekolah di Subang Bestari.

Ahmad Khairuddin dilantik Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Industri Khas) LHDN
Ahmad Khairuddin Abdullah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Industri Khas) LHDN yang baharu.

Mawar merah 'terakhir' buat Akiko Okimura
Jenazah isteri usahawan dan pempengaruh, Ridzuan Ridzokumura iaitu Allahyarham Akiko Okimura selamat dikebumikan kira-kira jam 9 pagi Sabtu.

Turki bakal hasilkan kereta buatan tempatan menjelang 2021
Lima syarikat tersebut ialah - Anadolu Group, BMC, Kiraca Holding, Turkcell dan Zorlu Holding.

Turki lanjut tempoh darurat tiga bulan lagi
Usul berkenaan menerima sokongan Parlimen menerusi undian oleh anggota parti pemerintah dan pembangkang.