Percaya atau tidak, seorang wanita di Filipina dipenggal dan otaknya dijamah hanya kerana bercakap dalam bahasa Inggeris.
Wanita malang yang identitinya belum dikenal pasti itu sebelum itu dilihat bersama seorang lelaki sebelum kelibatnya tidak lagi kelihatan.
Susulan kejadian, suspek iaitu seorang lelaki dari wilayah Misamis Oriental ditahan pada Jumaat.
Menurut polis, suspek yang dikenal pasti sebagai Lloyd Bagtong, 21, kemudiannya menunjukkan lokasi di mana jasad wanita itu disembunyikan.
Mayat wanita itu ditemukan dalam keadaan separuh bogel kira-kira 4km dari rumah suspek di Barangay Punta tanpa kepala dan kedua-dua tangan diikat.
Menurut laporan Daily Tribune, suspek ternampak mangsa berhampiran sebuah tanah perkuburan dan bertindak memukulnya dengan objek logam sebelum memenggal kepalanya menggunakan alat seperti sabit.
"Senjata tersebut ditemui terselit di pinggang suspek.
"Suspek juga makan otak mangsa bersama nasi yang dimasak. Dia kemudiannya membuang tengkorak mangsa ke sebuah lubang tidak jauh dari rumahnya," kata jurucakap polis.
Menurutnya lagi, suspek dipercayai mengalami masalah mental berdasarkan kenyataan daripada saksi yang mengenalinya.
"Suspek berkata mangsa dibunuh kerana bercakap dalam bahasa Inggeris yang mana telah menyebabkan suspek berasa jengkel kerana tidak memahaminya," katanya.
Menurut saksi, sebelum kejadian mereka ada melihat suspek dan mangsa bersama.
Polis turut menemui kain dengan kesan darah di rumah Bagtong yang dipercayai digunakan untuk membawa kepala mangsa dari tempat kejadian ke rumahnya.
Bagtong kini berada dalam tahanan polis dan menunggu kes pembunuhan difailkan terhadapnya.
Identiti mangsa juga sedang disiasat.
Astro Awani
Sat Dec 07 2019
Suspek yang dikenal pasti sebagai Lloyd Bagtong ditahan. -Foto media sosial
Tahap pengetahuan kewangan rakyat Malaysia meningkat, hampiri tahap negara maju
Tahap pengetahuan kewangan rakyat Malaysia telah meningkat dengan ketara sejak 2016 dan menghampiri tahap negara maju.
AWANI Borneo [17/11/2024] – Dakwaan rasuah | Taktik kotor | Tetap pertahan kedaulatan negara
Tumpuan AWANI Borneo 16 Nov 2024 bersama Assim Hassan
- SPRM rakam keterangan lima ADUN Sabah
- Hajiji selar taktik kotor pihak cuba jatuhkan kerajaan Sabah
- Malaysia tidak akan pinda sempadan maritim, tetap pertahan kedaulatan
#AWANInews
- SPRM rakam keterangan lima ADUN Sabah
- Hajiji selar taktik kotor pihak cuba jatuhkan kerajaan Sabah
- Malaysia tidak akan pinda sempadan maritim, tetap pertahan kedaulatan
#AWANInews
Pengusaha hotel di Kuching diminta promosi upacara naikkan bendera
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memintapengusaha hotel di sekitar Kuching mempromosi upacara bulanan menaikkan bendera Ibu Pertiwi di datarannya sebagai tarikan pelancongan.
Penemuan 20 spesis katak bukti ekosistem Sarawak seimbang
Sarawak kini giat melakukan penyelidikan dalam memastikan bahawa habitat dan ekosistem alam sekitar dilindungi dalam membangunkan wilayah lestari.
Pau Marti tak panik Harimau Malaya hilang tonggak
Pau Marti Vicente berkata skuad kebangsaan memiliki ramai pemain berkebolehan yang mampu memikul tanggungjawab.
KDN akan ambil tindakan pihak berlebihan main isu konon Anwar iktiraf Israel
KDN akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang dianggap sebagai berlebihan memainkan isu membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa mengiktiraf Israel.
Hajiji selar taktik kotor pihak cuba jatuhkan kerajaan Sabah
Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan tindakan pihak menggunakan taktik kotor untuk menjatuhkan kerajaan negeri Sabah sebagai tidak bermoral dan meracuni fikiran rakyat.
Fokus Minggu Depan: Luruan Monsun - Apa yang perlu anda tahu?
Sedekad di Malaysia, CUCKOO pilih Kim Soo Hyun sebagai duta
Lebih 18,000 orang memeriahkan Pesta Muzik CUCKOOTOPIA bagi meraikan satu
dekad pencipta kediaman sihat terkemuka, CUCKOO beroperasi di Malaysia.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, KC Hoe berkata,
sambutan pada Sabtu itu cukup istimewa apabila bintang Korea Selatan, Kim Soo Hyun
kembali dilantik menjadi duta selepas 10 tahun.
dekad pencipta kediaman sihat terkemuka, CUCKOO beroperasi di Malaysia.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, KC Hoe berkata,
sambutan pada Sabtu itu cukup istimewa apabila bintang Korea Selatan, Kim Soo Hyun
kembali dilantik menjadi duta selepas 10 tahun.
SPRM tahan pemilik syarikat disyaki subahat tuntutan palsu RM10 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman seorang pemilik syarikat disyaki bersubahat dalam tuntutan palsu bernilai kira-kira RM10 juta.
Wanita dipenggal, otak dijamah kerana bercakap bahasa Inggeris
Mayat wanita itu ditemukan dalam keadaan separuh bogel kira-kira 4km dari rumah suspek di Barangay Punta tanpa kepala dan kedua-dua tangan diikat.