Seorang wanita hamil antara 24 kes baharu Zika yang dikesan di Singapura menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 115 kes.
Kementerian Kesihatan Singapura dalam satu kenyataan mendedahkan sembilan daripada kes yang dikesan adalah kes berulang.
Menteri Kesihatan Singapura, Gan Kim Yong memaklumkan bagi memudahkan usaha kawalan jangkitan virus itu, pihaknya meluaskan kawalan vektor sehingga meliputi di luar kawasan yang sudah dijangkiti.
MESTI BACA: Zika masuk Malaysia: 5 perkara anda perlu tahu
Tambahnya, Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) bakal meluaskan skop kempen penyemburan di tempat pembiakan nyamuk dengan racun serangga.
Berikutan peningkatan kes jangkitan virus Zika di Singapura, beberapa negara mengeluarkan amaran kepada wanita hamil atau mereka yang merancang untuk hamil agar mengelak melawat ke negara berkenaan.
Singapura melaporkan kes dalaman pertama Zika Sabtu lalu, dan sejak itu, bilangan mereka yang dijangkiti meningkat dalam tempoh beberapa hari.
Kebanyakan kes awal membabitkan ratusan ribu pekerja asing dari beberapa negara di Asia yang bekerja di tapak pembinaan serta di sektor marin.
Astro Awani
Thu Sep 01 2016

Kementerian Kesihatan Singapura dalam satu kenyataan mendedahkan sembilan daripada kes yang dikesan adalah kes berulang.
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Wanita hamil antara 24 kes terbaharu Zika di Singapura
Kementerian Kesihatan Singapura dalam satu kenyataan mendedahkan sembilan daripada kes yang dikesan adalah kes berulang.