“Kau ada bom? Kau ada bom?”

Itu salah satu ejekan yang didengari Rose Hamid ketika diiring keluar anggota polis dari perhimpunan kempen Donald Trump di Rock Hill, Jumaat lalu.

Menurut CNN, Rose hadir ke perhimpunan berkenaan untuk menunjukkan kepada para penyokong Trump rupa seorang Muslim yang sebenar.

“Saya rasa kebanyakan pengikut Trump tidak pernah berjumpa dengan seorang Muslim pun, jadi saya mahu memberi mereka peluang itu,” ujar Rose.


BACA: Donald Trump muncul dalam video merekrut ahli militan

BACA: 'Trump menjijikkan!' - mesej Skywriters buat calon Presiden AS

BACA: Jurucakap Trump pakai rantai peluru hidup di televisyen


Wanita yang bertugas sebagai atendan penerbangan itu berdiri dengan senyap sebagai tanda protes apabila Trump mula berucap tentang pelarian Syria yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Daish.

Walapun dia tidak bersuara, para penyokong Trump yang duduk di sekelilingnya mula menyeru nama Trump sambil menuding jari ke arah Rose dan Matry Rosenbluth, seorang lelaki yang turut berdiri di sebelahnya.

Apabila mereka mula diiring anggota polis, sorakan penyokongan Trump mula berkumandang dengan ejekan dan kata-kata menghalau.

Jabatan Polis Rock Hill dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa Rose telah diiring keluar kerana menimbulkan gangguan dalam kempen Trump tetapi wakil polis gagal menjelaskan bentuk gangguan tersebut.

Walaupun terpaksa keluar awal, Rose sempat berinteraksi dengan beberapa orang penyokong Trump yang duduk berhampiran.

Ada yang sempat memegang tangan Rose dan meminta maaf atas insiden tersebut.

BACA: Donald Trump gesa umat Islam dihalang memasuki Amerika Syarikat

BACA: Halang umat Islam masuk Amerika, helah Trump untuk kekalkan populariti?

BACA: 'Donald Trump yang bodoh, kenapa orang sepertinya wujud?'

BACA: Donald Trump diserang helang "Uncle Sam"

BACA: Putera Alwaleed, Donald Trump berselisih pendapat di Twitter