Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Christine Lagarde berkata dunia kini sedang melihat peningkatan kadar hutang yang semakin membimbangkan, menyebabkan pertumbuhan tahun ini dan tahun hadapan mungkin tersasar.
“Pertumbuhan global mencatat peningkatan sejak 2016 dan semua petunjuk menunjukkan pertumbuhan dunia terus kukuh pada tahun ini dan tahun hadapan.
“Tetapi kita juga menyaksikan peningkatan kadar hutang di banyak negara dan kita harus berwaspada,” jelas Lagarde dalam satu sidang media sempena Forum Ekonomi Dunia 2018 di Davos.
IMF sebelum ini menjangkakan ekonomi dunia tumbuh pada kadar 3.9 peratus pada tahun 2018 dan 2019.
Kadar hutang global berada tahap tertinggi pernah direkodkan pada $233 trillion menjelang suku ketiga tahun 2017, lapor Institut Kewangan Antarabangsa (IIF) beberapa minggu lalu.
Sementara, kadar hutang isi rumah Malaysia susut berdasarkan peratusan dalam Keluaran Dalam Negara (KDNK) yang kini mencatat 84.6 peratus setakat September 2017 berbanding 88.4 peratus pada 2016, sekali gus menunjukkan peningkatan ekonomi pada 2017.
Sementara hutang kerajaan kini berada pada 50.9 peratus berbanding KDNK yang mana masih di bawah paras had ditetapkan iaitu 55 peratus daripada KDNK.
Ia berkurang daripada 53.2 peratus pada akhir Jun 2016.