Hari ini genap sepuluh hari cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan.

Menerusi hashtag #10HariGST, Astro AWANI ingin tahu bagaimana kehidupan anda telah berubah setelah pelaksanaan sistem cukai baharu ini.

Ada yang masih menyesuaikan diri dan ada juga yang tidak berpuas hati dengan kos yang semakin meningkat.

Sebagai contoh, pelajar harus menangani beban yang tinggi kerana harus berbelanja lebih untuk membeli topup telefon bimbit, alat tulis dan juga makanan di kampus.











GST
Ramai mengeluh tentang harga barang harian yang meningkat setelah pelaksanaan GST. -Gambar: AFP

Ada yang tidak berpuas hati dengan kos barang yang tinggi.

Kata seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Zejjah Ziegler, banyak harga barang telah meningkat.

“Untuk peniaga yang tidak kenakan GST, mereka harus naikkan harga kerana modal mereka naik,” katanya di Twitter.






Ada juga yang keliru tentang barang mana yang dikenakan GST dan yang mana dikecualikan.





Seorang penggna Twitter @AbdRahimQlate berkata GST membebankan golongan pendapatan rendah:


GST
Ada pengguna berbelanja dengan lebih bijak sejak pelaksanaan GST. -Gambar: AFP


Namun ada juga yang berpuas hati dengan GST. Antaranya mereka berkata pengguna akan berbelanja dengan lebih bijak dan tidak akan membazir.

“Saya lihat setiap resit sekarang ini. Saya rasa ini bagus kerana pengguna perlu tahu apa yang mereka beli,” tulis Haaziq Zahar.






Ada juga yang berkata GST cuma menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST):



Walaupun ramai yang mengeluh namun ada juga yang tidak mengambil serius tentang isu ini dan berkongsi tweet-tweet lucu:




Pada Khamis, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan rakyat Malaysia menggunakan sepenuhnya kuasa mereka sebagai pengguna dengan melaporkan kepada pihak berkuasa jika ada peniaga sengaja mengambil kesempatan di sebalik pelaksanaan GST.

Najib juga berkata, rakyat boleh menggunakan kuasa mereka sebagai pengguna dengan tidak membeli barangan yang dijual oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN GST, KLIK GST.ASTROAWANI.COM

Menteri Kewangan II, Datuk Ahmad Maslan menerusi tweet terbarunya berkata, pengguna perlu menggunakan kuasa 3M yang mereka ada iaitu memilih, melapor dan memboikot.