1. Hotdog

Kajian Akademi Pediatrik Amerika mendapati hotdog punya "choking hazard", terutamanya bagi kanak-kanak. Mereka menyarankan agar hotdog diletakkan label tersebut, namun sehingga kini tiada tindakan diambil.
2. Kacang

Ia disifatkan merbahaya kerana punya kebarangkalian alergi yang tinggi. Kebanyakan orang yang dihantar ke hospital kerana alergi kacang, tidak mengetahui bahawa mereka punya masalah alahan tersebut.
3. Sayuran berdaun

Bayam dan kubis antara yang termasuk dalam kategori bahaya kerana kajian Pusat Sains dan Kepentingan Awam Amerika mendapati ia antara medium pembawa wabak, terutama sekali yang dihidangkan di restoran.
4. Tuna

Amerika Syarikat pernah mengeluarkan amaran pengambilan yang banyak di kalangan wanita hamil boleh menyebabkan perkembangan sistem saraf bayi terbantut.
5. Kopi

Anda penggemar kopi? Berhati-hati kerana pengambilan yang berlebihan bukan sahaja membuatkan anda tak boleh tidur, tetapi juga peningkatan kadar denyutan jantung yang tidak normal.