TAHUN 2018 bermula dengan sangat baik buat pengarah dan pelakon Sabri Yunus apabila drama Pok Ya Cong Codei trending dan tular selepas ditayangkan di Astro CITRA pada 20 Januari lalu.
Semuanya kerana satu watak yang dibawakan oleh Sabri, Pok Ya Cong Codei, seorang gedebe dari Kelantan yang datang ke Kuala Lumpur untuk melaksanakan tugas mencari anak seorang Datuk yang kononnya dilarikan lelaki.
Di Kelantan, watak seperti Pok Ya itu memang wujud malah perkataan 'Cong Codei' pernah menjadi bualan masyarakat di negeri Cik Siti Wan Kembang satu masa dahulu.
Pok Ya Cong Codei bukan samseng atau gengster walaupun dia seorang yang berani, mempunyai ramai pengikut dan sangat dihormati serta disegani, tetapi Pok Ya Cong Codei memberi makna sebenar 'gedebe' yang sekian lama disalah erti oleh ramai pihak.
Gedebe satu istilah yang berasal dari Selatan Thai merujuk kepada Tok Nebe atau Tok Penghulu, satu sosok yang sangat dihormati dan disegani serta mampu menyelesaikan banyak masalah antaranya pergaduhan melibatkan kumpulan samseng dan hal lain di kawasan sekitarnya. Mengikut kata Sabri, istilah gedebe hanya muncul di Kelantan sekitar era 70-an.
Dalam drama yang disiarkan di Astro CITRA itu pun, watak Pok Ya Cong Codei bukanlah kaki gaduh yang hanya tahu mahu mengamuk dan marah-marah, sebaliknya Pok Ya Cong Codei menyelesaikan masalah Datuk Sahak dengan caranya dan membantu Rashdan (lakonan Fikry Ibrahim) menyelesaikan masalah mendapatkan wang untuk merawat ibunya serta mendamaikan Halim Kampung Pasir (Saidi Sabri) dan Nasir Badak atau Nasir Chow Kit (Ku Hanafi Ku Harun).
Itulah watak gedebe sebenar, bukan samseng atau gangster yang hanya tahu bergaduh semata-mata atau memukul orang lain yang tidak setuju dengannya. Pok Ya Cong Codei sanggup meminta maaf bila dia sedar bersikap kurang ajar ketika cuba meminta bantuan seorang lelaki berkaki palsu.
Pok Ya Cong Codei juga mempunyai sikap mulia, memberikan wang berjumlah RM40,000 yang sepatutnya menjadi upah untuk dia kepada Rashdan supaya mengubati ibunya yang berdepan masalah jantung.
Dalam drama itu, Sabri juga memberitahu penonton, sehebat mana pun seseorang, dia tetap memerlukan orang lain untuk membantu dalam banyak perkara, contohnya Pok Ya perlu menunggu Halim dan Sero tiba untuk memesan makanan kerana dia tidak tahu menggunakan khidmat pesanan dari bilik hotel.
Menerusi sisi naif Pok Ya inilah penonton akan ketawa biarpun tidak memahami dialog dalam loghat Kelantan.
Pok Ya juga digambarkan sebagai satu sosok yang mempunyai prinsip dan sangat komited dengan tugas yang telah dipersetujui.
Drama Pok Ya Cong Codei juga membuktikan watak utama tidak semestinya perlu diserahkan kepada pelakon muda dan kacak semata-mata. Malah dua pelakon yang mempunyai wajah 'boleh jual', Uqasha Senrose yang memegang watak Aina dan Fikri Ibrahim tenggelam dek penangan Pok Ya Cong Codei.
Biarpun ditenggelamkan oleh Pok Ya Cong Codei, Uqasha dan Fikri memberikan lakonan yang hebat, begitu juga Mustapha Kamal dan pelakon-pelakon lain termasuk Zee Khan Hussein yang memegang watak Siti, isteri yang baru sebulan dinikahi Pok Ya.
Pok Ya Cong Codei kini trending dan tular. Pok Ya Cong Codei juga memberikan pengajaran tersendiri kepada penonton dalam komedi dan santainya.
Irwan Muhammad Zain
Fri Jan 26 2018
Pok Ya Cong Codei bukan samseng atau gengster walaupun dia seorang yang berani, mempunyai ramai pengikut dan sangat dihormati. - Gambar arkib
Arm mahu hasilkan cip sendiri untuk tingkat pendapatan
Arm bercadang meningkatkan harga lesen teknologi mereka sehingga 300% untuk meningkatkan pendapatan.
Pantau Belanjawan: ASEAN 2025: Peluang dan strategi perkasa PMKS
Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 membawa peluang besar untuk memperkukuh perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) di rantau ini. Diskusi ini mengupas cabaran utama PMKS, strategi serantau, dan tindakan konkrit untuk memastikan pertumbuhan ekonomi inklusif dan mampan.
Trump kutip tarif melalui perkhidmatan hasil luar
Trump berkata bahawa beliau akan mewujudkan Perkhidmatan Hasil Luar untuk mengutip tarif dan hasil lain dari negara asing.
AWANI Ringkas: Pihak berkuasa tangkap Presiden Korea Selatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PBB sediakan laluan bantuan Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sedang merancang untuk memperluaskan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza jika gencatan senjata dilaksanakan.
Bagaimanapun, akses sempadan dan keselamatan kekal sebagai halangan utama.
Bagaimanapun, akses sempadan dan keselamatan kekal sebagai halangan utama.
Anwar tiba di London, mulakan lawatan kerja lima hari
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di London, United Kingdom (UK) bagi memulakan lawatan kerja rasmi pertama beliau ke negara ini sejak menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri, bermula 15 hingga 19 Januari.
Kelantan Darul Naim hilang khidmat tonggak utama Palestin
Pemain import Kelantan Darul Naim (KDN), Oday Kharoub, sah meninggalkan pasukan itu.
Aeroangkasa: Satelit penderiaan jauh Malaysia, UzmaSAT-1 dilancar
Satelit penderiaan jauh UzmaSAT-1, keluaran syarikat tempatan Uzma Berhad dilancarkan ke orbit rendah bumi awal pagi tadi menerusi roket Falcon 9 Transporter 12 milik syarikat SpaceX.
Presiden Korea Selatan ditahan, didakwa salah guna kuasa
Bersama Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed, Penganalisis Politik UUM bagi memahami impaknya kepada pentadbiran politik di Korea Selatan, susulan Penahanan Presiden Yoon Suk Yeol atas tuduhan hasutan yang berkaitan dengan pengisytiharan perintah darurat.
WhatsApp mudahkan anda beri emoji reaksi dengan hanya ketik dua kali pada mesej
Pengguna hanya perlu mengetik dua kali pada sesuatu mesej, dan tetingkap untuk emoji akan hadir sebelum anda memilih.
I-Tanggang teroka naratif baharu konflik keluarga
Jalan cerita I-Tanggang dijangka memberikan pemahaman baharu kepada penonton terhadap konflik yang selama ini tidak pernah didedahkan.
Lepas berlakon budok kuba, saya nak berehat.. - Mowgli Malaysia
Kisah Budok Kuba nukilan Jo Sidek merupakan kisah fiksyen diinspirasikan daripada foto Syukor yang diambil oleh dua individu.
Ada apa dengan Pok Ya Cong Codei
Pok Ya Cong Codei memberikan makna sebenar gedebe yang selama ini dianggap samseng atau gangster.
Ridzuan Puzi terharu sejarah hidup dijadikan filem televisyen
Ridzuan atau lebih mesra dipanggil Dek Wan, 30, berkata, dia terusik apabila menonton karya tersebut dan tidak menyangka apa yang dipaparkan itu mengembalikan memorinya semula sewaktu kecil dulu.