Peka dengan rungutan penonton terutama peminat drama Melayu, Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPF), akhirnya mengeluarkan garis panduan terbaru menerusi satu pekeliling.
Badan tersebut telah menetapkan setiap stesen televisyen yang beroperasi di Malaysia wajib garis panduan terbaru tersebut demi membangunkan ummah berkualiti tinggi pada masa hadapan.
Menerusi pekeliling bertarikh 23 Jun 2015 itu, LPF telah menetapkan selain dari adegan sensual dan ghairah, drama melayu yang mempunyai unsur khurafat dan tahyul juga tidak dibenarkan.
Malah sebarang adegan berbaur politik seperti mengkritik kerajaan juga adalah dilarang sama sekali.
Langkah ini diambil LPF selepas mengambil kira rungutan orang ramai terutama peminat drama melayu yang menyifatkan sesetengah produk (drama melayu) sebagai keterlaluan.
Sementara itu, pengarah drama Shahrulezad turut mengajak rakan-rakan seperjuangannya untuk bersama-sama mematuhi garis panduan yang dikeluarkan LPF supaya tidak berlaku rungutan atau masalah terhadap karya masing-masing di kemudian hari.
Shahrul telah memuat naik status di akaun sosial Facebook (FB) miliknya beberapa hari lalu.
Tahniah LPF kerana peka terhadap suara penonton!
Di bawah merupakan beberapa keping foto pekeliling yang telah dikongsi Shahrul di FBnya: