#AFMegaStar menjadi trending di media sosial malam ini susulan persembahan oleh barisan 12 bintang Akademi Fantasia di Konsert AF Megastar Homecoming yang bersiaran secara langsung.
Dipersembahkan dari Royal Theatre Shah Alam, bintang-bintang yang bersaing untuk ke pusingan seterusnya adalah Zahid AF2, Ara AF2016, Bob AF2, Firman AF2014, Idayu AF3, Ewal AF2014, Amir Jahari AF9, Adam AF2, Mila AF3, Azhar AF2014, Marsha AF4 dan Sufi AF2015.
Kesemua mereka menyanyikan sebuah lagu pilihan mereka.
Dikemudi Datuk Aznil Hj Nawawi, keputusan diadili oleh dua orang juri tetap dan seorang juri jemputan yang terdiri komposer Datuk Ramli MS, guru vokal Shafinaz Selamat dan penyanyi Ziana Zain.
Ternyata ramai yang teruja dengan kemunculan bintang-bintang AF yang lama menyepi dan memberikan komen di media sosial dengan Bob, Idayu dan Marsha antara yang paling mendapat perhatian.
Sementara 12 bintang lagi bakal berentap pada konsert AF Megastar Homecoming pada minggu hadapan iaitu 9 September depan.
Konsert AF Megastar Homecoming minggu hadapan bakal menentukan 12 bintang yang akan terpilih dan mara ke konsert AF Megastar seterusnya.
AF Megastar disiarkan secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), jam 9 malam.
Astro Awani
Sun Sep 03 2017

Persembahan Marsha antara yang paling mendapat perhatian di media sosial. - Foto Astro AWANI

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

#GimmeTheMicMY: 'Saya masuk pertandingan semuanya tersingkir' - Farhan dedah 12 tahun cuba jadi penyanyi
Menurut Farhan, 28, dia mengalami masalah kesihatan di saat akhir, namun tetap memberikan yang terbaik pada malam penuh bermakna itu.

Jelajah Jiwa SME: Bizmilla Catering diumum penyertaan terbaik segmen 'Saya Jual'
Usahawan perniagaan majlis perkahwinan, Bizmilla Catering, Mila Jirin menyifatkan pemilihan jenamanya sebagai penyertaan terbaik dalam segmen Saya Jual sebagai pemangkin.

Lama menyepi, akhirnya Mila Jirin bertemu Nonny Nadirah setelah tiga tahun
Setelah tiga tahun, penyanyi dan usahawan Mila Jirin lahirkan rasa syukur dapat bertemu semula dengan rakan baiknya, aktres Nonny Nadirah.

'Orang Tawau', Shahir AF hanya dedah cinta hati pada akad nikah Jumaat ini
Penyanyi Shahir AF mengesahkan bakal melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya pada 2 September 2022, Jumaat ini, di Subang Jaya, Selangor.

Pelakon Lufya cedera di muka, bergelut dengan lelaki cuba culik anak
Pelakon Lufya berdepan situasi cemas apabila terpaksa bergelut dengan seorang lelaki selepas terdapat cubaan untuk menculik anak perempuannya, Laana Haura ketika berada di taman permainan, Ahad lalu.

Rakaman hanya 1 jam? Idayu tampil dengan single 'Jangan Menangis Cinta'
Jangan Menangis Cinta mempunyai keunikan dan berbeza berbanding kebanyakan lagu-lagu pop Melayu yang sudah berada di pasaran negara ini.

Raut wajah lembut dan 'low profile', Datin Seri Muhaini isteri tercinta Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Sepanjang lebih 30 tahun Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam arena politik tanah air, amat jarang nampak kelibat Datin Seri Muhaini di depan khalayak.

"Semoga Allah permudahkan kerja Papa tadbir negara" - Doa Dafi buat ayahnya
Bagi Dafi, rezeki yang tertulis buat bapanya dipilih sebagai Perdana Menteri merupakan anugerah tertinggi daripada Yang Maha Esa.

Nabil hargai jasa Astro beri peluang kepada orang kampung sepertinya ubah kehidupan
Nabil Ahmad menghargai platfrom yang disediakan oleh Astro yang telah banyak mengetengahkan bakat kecilnya sehingga hari ini.

"I have lost him forever" - Bapa Amylea Azizan meninggal dunia
Allahyarham Azizan Zainal Abidin, 62, telah menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 2.30 petang.