Erma percaya kelakukan Iqram itu hanyalah persembahan pentas untuk menguji sikap orang yang melihatnya. - Astro Gempak
PENGARAH Erma Fatima percaya segala tuduhan mengenai kelakuan pelik pelakon Iqram Dinzly baru-baru ini tidak seperti yang disangka.
Erma menerusi akaun Instagram (IG)nya memberitahu dia yakin Iqram tahu apa yang sedang dilakukan.
Menurut Erma, dia percaya apa yang dilakukan oleh Iqram itu hanyalah persembahan pentas untuk menguji sikap orang yang melihatnya.
Erma turut percaya Iqram masih orang sama yang dikenali dulu.
Perancis tuntut penjelasan PSG terkait sepanduk pro-Palestin
Perancis pada Khamis menuntut penjelasan daripada Paris Saint-Germain (PSG), kelab bolasepak terkemuka negara itu, berikutan paparan sepanduk pro-Palestin yang dianggap "tidak boleh diterima", oleh para penyokong semasa perlawanan.
Menteri Dalam Negeri Bruno Retailleau dalam kenyataan di X berkata, beliau meminta
PSG memberikan penjelasan dan kelab-kelab supaya memastikan politik tidak merosakkan sukan, yang sepatutnya menjadi sumber penyatuan.