Menurut penyanyi dan pencipta lagu ini, sebelum namanya dikenali sebagai penyanyi lagu indie, nyanyian dan persembahannya lebih cenderung kepada rentak R&B.
“10 tahun dahulu, tidak ramai yang tahu saya selalu menyanyikan semula lagu berentak R&B seperti lagu-lagu dari kumpulan Destiny Child.
“Demi minat yang masih ada pada genre tersebut, album yang terbaru ini akan mempamerkan sisi matang saya di mana konsep yang digunakan menampilkan keseimbangan antara R&B dan muzik Indie,” jelas Yuna yang menulis sepenuhnya lagu-lagu untuk album baru.
Kata Yuna, album barunya ini mengambil masa yang lama untuk dilengkapkan bagi memastikan ia tidak disiapkan dalam kadar tergesa-gesa.
BACA: Yuna jelajah Eropah tahun depan
BACA: Yuna berkolaborasi dengan David Foster
Pada masa sama, Yuna turut berpeluang merakamkan duet dengan penyanyi R&B Amerika Syarikat, Usher dalam salah sebuah lagu di dalam album berkenaan.
Ikuti temubual penuh mengenai album baru dan perancangan 2016 Yuna di Agenda AWANI pada 2 Januari ini.
Yuna muncul dalam Buletin AWANI 12 pada Selasa