PELAKON Abby Abadi memberi kata-kata semangat buat rakan seperjuangannya, Erra Fazira.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Menurut Abby, Erra kini sedang menghadapi ujian dari Tuhan dan menasihatinya agar tidak berputus asa dan sentiasa bersikap positif.

"Kita sayang Kak Erra kita, dulu, kini dan selamanya.

"Bahagian saya lain, bahagian Akak lain pula, tapi kena terus kuat okay kakakku.

"Ujian itu tanda Allah sayang, sebab itu Dia bagi perhatian kepada kita, Dia nak kita makin dekat dengan Dia," tulis Abby sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Abby turut menasihati pelakon filem Cinta Kolestrol itu agar tidak berputus asa.

"Menangislah semahu-mahunya tapi jangan putus asa dengan rahmatNya, Allah sebut dalam Al-Quran, setiap kesusahan pasti ada kemudahan.

"Yakin dengan janjiNya okay kakakku yang cantik lawa manis selalu," tambah Abby.

Kita sayang Kak @errafazira kita



BACA: Kali ketiga buat silap, Erra Fazira mohon maaf pada Umie Aida

Erra kini terpalit dengan kontroversi apabila rakan baiknya, Datin Seri Umie Aida meluahkan perasaannya dikhianati seorang sahabat menerusi media sosial beberapa hari lalu.

Tidak menyebut siapakah gerangan sahabat terbabit, ramai yang mendakwa Erra merupakan individu yang dimaksudkan oleh Umie apabila mereka sudah tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Terbaru, Erra tampil memohon maaf kepada Umie menerusi ruangan IG Story miliknya.