ANGGOTA kumpulan One Direction, Harry Styles, merupakan antara aktor muda yang dipertimbangkan untuk membawa watak James Bond dalam edisi terbaharu filem itu.
Biarpun sebelum ini nama Styles hanya dipetik oleh blog gosip, namun dalam kenyataan terbaharu penyunting filem Spectre, Lee Smith, pemilihan Styles tidak mustahil jika Christopher Nolan dipilih sebagai pengarah filem terbaharu itu.
Nolan dilaporkan sedang dalam perbincangan dengan produksi dan penerbit 007 untuk mengarahkan filem itu, yang paling awal dijangka akan menemui peminat pada tahun 2022.
"Styles sangat natural di hadapan kamera, dia mempunyai bakat semulajadi. Nolan sangat sukakan dia kerana katanya, Styles mempunyai karisma tersendiri," Smith dipetik berkata dalam portal The Sun.
Untuk rekod, Styles membuat debut lakonan tahun lalu menerusi filem Dunkirk, arahan Nolan.
Jika dipilih, Styles akan menjadi Bond paling muda dalam sejarah, memandangkan pada tahun 2022, usianya baru akan mencecah 28 tahun.
Namun, Styles berdepan cabaran hebat daripada beberapa lagi pelakon, dengan aktor Tom Hardy dan James Norton kini mendahului senarai sebagai paling berpotensi untuk memegang watak tersebut.
Buat masa ini, Daniel Craig masih lagi memegang watak James Bond dan filem terbaharu 007 dijangka ditayangkan penghujung 2019.
Madiha Abdullah
Thu Jan 25 2018

Harry Styles (kiri) antara aktor yang dipertimbangkan untuk menggantikan Daniel Craig sebagai James Bond. REUTERS / Instagram 007
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Oppenheimer menang Filem Terbaik, Christopher Nolan dinobat Pengarah Terbaik Oscar
'Oppenheimer' meraih tujuh anugerah termasuk Pelakon Lelaki Terbaik disandang Cillian Murphy, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dimenangi Robert Downey Jr dan Sinematografi Terbaik.

Tiada tarikh ditetapkan buat tayangan Mulan
Sebelum ini, filem arahan Niki Caro itu dijadual ditayangkan pada Mac namun telah ditangguhkan ke Julai, dan akhirnya pada 21 Ogos.

Ini senarai filem bakal ditayang jika pawagam dibuka semula Julai
Tiga filem antarabangsa yang paling ditunggu-tunggu seperti The Purge 5, Tenet dan Mulan sudah mendapat tarikh tayangannya iaitu pada Julai ini.

Filem '2001: A Space Odyssey' kembali dalam format IMAX
Proses pemindahan format filem epik sains fiksyen karya dan arahan Stanley Kubrick itu dibuat bawah pengawasan pengarah tersohor, Christopher Nolan.

Saya tidak akan mengarah Bond 25 - Christopher Nolan
Pengarah kreatif yang berjaya memberi sisi berbeza bagi watak Batman itu mengesahkan tidak berminat untuk mengarah filem Bond buat masa ini.

Anggota One Direction mungkin dipilih pegang watak James Bond
Biarpun sebelum ini nama Styles hanya dipetik blog gosip, namun dalam kenyataan terbaharu penyunting filem Spectre, pemilihan Styles tidak mustahil jika Christopher Nolan dipilih sebagai pengarah.

James Bond: Tiada versi kulit hitam, wanita mungkin - Idris Elba
Adakah anda berminat untuk melihat watak Bond bukan lelaki? Ia mungkin wanita kulit hitam atau putih?