Setelah 40 tahun seniman legenda Datuk M.Nasir berkecimpung dalam industri muzik, satu sambutan yang dinamakan "Magnum Opus 40 Tahun M.Nasir" akan dianjurkan.
Presiden Sahabat M.Nasir (SMN), Johan Arif memberitahu forum “Kembara Ke Solo” akan menjadi pemula program yang disusun bagi memenuhi kalendar 2018 dan 2019.
Katanya, forum tersebut akan membincangkan tentang kupasan dari segi muzik, lirik, sosio-budaya dan komersialisme terhadap tujuh album bersama Kembara dan album solo pertama pada 1979 dan kedua berjudul, "SOLO" pada 1989.
"Forum Kembara Ke Solo ini adalah siri pertama dari dua lagi forum yang akan diadakan pada 2018 dan 2019.
“Jadi untuk siri kedua nanti akan focus kepada "Saudagar Mimpi" ke "Phoenix Bangkit" dan siri ketiga adalah pasca album "Phoenix Bangkit", termasuk album terbaru beliau akan datang,” katanya kepada Astro AWANI baru-baru ini.
Dua ahli panel terdiri dari Pengasas Tempatan Fest Mohd Nasier Rashid yang juga bekas editor ROTTW dan penulis lirik Hairul Anuar Harun.
Manakala kartunis dan editor majalah Gila-Gila, Ronasina akan bertindak sebagai moderator.
“SMN mahu membawa panelis yang bukan dari kalangan penggiat disekeliling M.Nasir.
“Kita mahukan sisi pandang yang sehabis neutral dan jujur jika boleh,” katanya lagi.
SMN berharap forum ini akan memberikan persepsi bahawa seni dan budaya popular sesebuah bangsa adalah satu entiti penting dalam pembentukan negara bangsa, pemupukan jatidiri dan menyumbang kepada khazanah seni negara.
“Perbincangan secara ilmiah sekaligus mengangkat karya M.Nasir ke satu tempat yang sewajarnya selain mengenengahkan juga beberapa individu penting yang sering dianggap sebagai ‘wira tak didendang’ evolusi muzik Melayu,” katanya.
Forum “Kembara Ke Solo” akan diadakan pada 16 Disember pukul 3 petang bertempat di Mini Auditorium Matic, Jalan Ampang di ibu negara.
Irwan Muhammad Zain
Fri Dec 15 2017
"Magnum Opus 40 Tahun M.Nasir" bakal menyaksikan M.Nasir beraksi di pentas sekali lagi. - Gambar fail
Lawatan PM Anwar ke Brazil perkukuh hubungan diplomatik 65 tahun, perdagangan
Lawatan rasmi sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brazil yang berlangsung dari 16-19 Nov bakal mengukuhkan lagi hubungan diplomatik yang telah terjalin selama 65 tahun selain dapat meningkatkan peluang perdagangan dan pelaburan.
Adik gagal selamatkan abang, mayat rentung di ruang tamu
Seorang lelaki ditemui rentung di kediaman rumahnya dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Karamunting, Sabah pada pagi Ahad.
Pacuan empat roda terbabas ke dalam kedai pakaian
Di Johor, kemalangan dua buah kenderaan menyebabkan salah satu daripadanya terbabas dan masuk ke dalam sebuah kedai pakaian.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kejadian berlaku apabila sebuah pacuan empat roda Nissan Navara terlanggar sebuah kereta Honda Civic di Jalan Niaga Utama/Jalan Yusof di Kota Tinggi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kejadian berlaku apabila sebuah pacuan empat roda Nissan Navara terlanggar sebuah kereta Honda Civic di Jalan Niaga Utama/Jalan Yusof di Kota Tinggi.
MINDEF sedia teliti keperluan beli unit baharu
Kementerian Pertahanan bersedia meneliti keperluan membeli helikopter baharu, sekiranya Tentera Darat Malaysia (TDM) gagal menyewa aset udara yang diperlukan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, perolehan aset udara tersebut memakan masa berikutan kekurangan helikopter yang diperlukan dalam pasaran.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, perolehan aset udara tersebut memakan masa berikutan kekurangan helikopter yang diperlukan dalam pasaran.
Rangka kerja, strategi ekonomi biru sedang dibangunkan - Rafizi
Satu rangka kerja dan strategi ekonomi biru sedang dibangunkan di peringkat Kementerian Ekonomi, yang dijangka disiapkan menjelang akhir 2025, kata Menterinya Rafizi Ramli.
Jun Hao naib juara Masters Kumamoto
PEMAIN perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao terpaksa akur tewas kepada pemain China, Li Shi Feng dalam perlawanan akhir Masters Kumamoto di Jepun pada Ahad.
COP29: Pendanaan iklim penting untuk peralihan hijau ASEAN
Tumpuan terhadap pendanaan iklim dan peralihan hijau dalam ASEAN menjadi semakin penting untuk bergerak ke arah pertumbuhan ekonomi mampan.
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.
KPWKM komited pastikan kebajikan anak-anak OKU terbela - Nancy
Nancy berkata kerajaan terus komited memastikan kebajikan anak-anak OKU terus terbela dan diberi layanan sama rata serta diperkasa melalui peruntukan kementerian dalam Belanjawan 2025.
Penunjuk perasaan di Sweden kecam Barat bekal senjata kepada Israel
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Stockholm pada Sabtu untuk membantah tindakan Israel di Semenanjung Gaza dan Lubnan, serta mengecam kerajaan Barat kerana membekalkan senjata kepada Israel.
Apa ada pada M.Nasir?
Forum "Kembara Ke Solo" akan menjadi pemula program yang disusun bagi memenuhi kalendar 2018 dan 2019.