PELAKON kelahiran Malaysia, Ashraf Sinclair mengakui sedang mengintai peluang untuk kembali membintangi filem-filem di Malaysia.
Menurut Ashraf, dia teruja melihat perkembangan industri perfileman Malaysia yang semakin positif dan mula mendapat sambutan.
“Saya berminat untuk kembali membintangi filem-filem tempatan kerana banyak perkembangan terbaru dalam industri filem Malaysia.
"Lebih-lebih lagi saya lihat anak muda di Malaysia mempunyai idea-idea yang cukup bagus. Saya sendiri sangat teruja melihat hasil-hasil kerja pembikin filem tempatan,”katanya kepada Astro Gempak.
Katanya, dia kini mula menolak tawaran berlakon sinetron kerana mahu memberi fokus kepada bidang perfileman.
“Berlakon dalam Sinetron sungguh memenatkan kerana jadual penggambaran yang cukup lama sehingga jarang berjumpa keluarga. Rasanya saya sudah berlakon hampir 700 episod Sinetron setakat ini.
“Apabila saya berada di set penggambaran banyak perkara yang saya tidak terlepas atau tidak dapat buat. Terutamanya untuk bertemu keluarga dan perniagaan saya. Mungkin pertengahan tahun ini saya tidak mahu terlalu terlibat dengan Sinetron dan fokus pada filem pula,” ujar Ashraf.
Dalam pada itu, Ashraf turut berkongsi rasa bersyukur dengan penglibatan isterinya Bunga Citra Lestari dalam program Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016).
“Kami jarang pulang ke Kuala Lumpur kecuali pada Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Haji. Apabila Bunga menerima tawaran untuk jadi juri di MLM 2016, saya gembira kerana berpeluang untuk berjumpa ahli keluarga pada hujung minggu.
“Peminat juga boleh mengenali Bunga dengan lebih rapat dan dalam pada masa yang sama ia satu peluang untuk isteri saya bertapak di Malaysia,” ujarnya. - Teks oleh: Khalid Rahman
Gempak
Mon Feb 01 2016

Menurut Ashraf, dia teruja melihat perkembangan industri perfileman Malaysia yang semakin positif dan mula mendapat sambutan. - Gambar Astro Gempak

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

“Assalamualaikum…” - Ibu kenang 5 tahun pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair
Ibu Allahyarham Ashraf , Dida Sinclair mengenang pemergian anak yang meninggal dunia kerana serangan jantung.

"Selamat hari jadi di syurga" - BCL titip ucapan hari jadi buat arwah Ashraf Sinclair
Bunga Citra Lestari memuat naik gambar Ashraf meniup lilin dan mengucapkan selamat hari jadi kepada arwah suaminya itu.

'Rasa sakit itu akan selamanya ada' - BCL luah isi hati selepas kembali bergelar isteri
Penyanyi lagu Cinta Sejati ini juga memanjatkan rasa syukur kerana akhirnya dia dipertemukan dengan seorang lelaki yang telah berjaya menawan dan mengisi kekosongan hatinya.

Bunga Citra Lestari, Tiko sah bergelar suami isteri
Difahamkan, majlis pernikahan BCL hanya dihadiri 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat terdekat.

Duda anak tiga kekasih Bunga Citra Lestari?
Tiko Aryawardhana didakwa sangat akrab dan sering menemani BCL ke pelbagai acara.

Air mata BCL tumpah saat dendang lagu 12 Tahun Terindah
Kembali ke Kuala Lumpur, tempat berputiknya cinta bersama arwah tidak mustahil untuk Bunga tidak terkenang dengan memori-memori lama.

"Ariel kawan baik saya" - Bunga Citra Lestari
BCL jawab tuduhan liar dia menjalin hubungan intim dengan Ariel (Noah).

"Filem terakhirnya.." - BCL terharu filem lakonan Ashraf bakal ditayangkan tidak lama lagi
Bunga puji usaha dan pencapaian suaminya dalam filem J2: J Retribusi yang akan dilancarkan menerusi platform penstriman Disney Hotstar pada 1 Jun ini.

Setahun pemergian Ashraf Sinclair: 'Kami merinduimu, Abang Ash' - Yuna
Hari ini genap setahun pemergian aktor Ashraf Sinclair, namun kehilangannya masih dirasai.

Kalaulah saya tahu saya cuma ada masa 12 tahun dengannya... - Bunga Citra Lestari
Bunga menyifatkan kehilangan Ashraf membuatkan dia kembali memikirkan apa sebenarnya yang dicari dalam hidup.