Bersempena sambutan Deepavali tahun ini, saluran Astro Seithigal telah memecah rekod membina hiasan tradisi perayaan itu iaitu kolam terbesar di Malaysia.
Pencapaian itu menjadikan usaha itu layak dicatatkan di dalam Malaysia Book of Records sebagai "Seni Potret Terbesar diperbuat daripada Bijian Berwarna."
Sijil anugerah disampaikan oleh wakil dari Malaysia Book of Records kepada Naib Presiden Kanan Astro, Perniagaan Pelanggan India, Dr C. Rajamani hari ini.
Kolam berkenaan direka dengan wajah seorang wanita yang memegang lampu minyak.
Ia juga akan dipamerkan di IOI City Mall, Putrajaya bermula hari ini sehingga 2 Nov.
Menggunakan 20 orang tenaga kerja, kolam berukuran 487.7 meter persegi itu mengambil masa 10 jam untuk disiapkan.
Pada majlis yang sama, Astro Seithigal mengumumkan perlancaran dokumentari yang berdurasi 60 minit mengenai Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertajuk Maha Sarithiram.
Dokumentari ini akan menampilkan kehidupan Dr Mahathir terkini dan perjalanannya sebagai seorang lelaki dan ahli politik keluarga.
Maha Sarithiram akan disiarkan dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Cina bermula Januari depan.
Azyyati Ahmad
Mon Oct 29 2018

Pencapaian itu menjadikan usaha itu layak dicatatkan di dalam Malaysia Book of Records sebagai "Seni Potret Terbesar diperbuat daripada Bijian Berwarna." - Astro

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Astro cipta rekod bina hiasan kolam terbesar sempena Deepavali
Bersempena sambutan Deepavali tahun ini, saluran Astro Seithigal memecah rekod membina kolam terbesar di Malaysia.