PELAKON era 80an yang popular menerusi filem Mekanik dan Ali Setan, Azmil Mustapha meninggal dunia akibat sakit jantung di Shah Alam kira-kira pukul 12.40 tengahari tadi.
Difahamkan Allahyarham meninggal dunia sewaktu tidur kerana tidak terjaga ketika dikejutkan.
Jenazah allahyarham akan dibawa ke Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam sebelum dikebumikan.
Allahyarham yang nama sebenarnya Mohd Azmil Mustapha Kamil dilahirkan di Port Dickson, Negeri Sembilan memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Mekanik yang mencatatkan kutipan box office pada 1983.
Selain Mekanik, Azmil juga turut membintangi filem Ali Setan1, Ali Setan2, Suara Kekasih, Kepala Angin dan beberapa filem lain.
Puteri Gunung Ledang arahan Saw Teong Hin merupakan filem terakhir lakonan Azmil dimana Allahyarham memegang watak Imam Demak.
Allahyarham juga banyak terlibat dalam aktiviti dakwah dan pernah ke Syria untuk mempelajari agama Islam.
Jenazah allahyarham akan dibawa ke Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam.
Allahyarham juga pernah merakamkan sebuah album yang berjudul 'Pilihanku' pada 1983 dimana lagu dengan tajuk yang sama menjadi runut bunyi untuk filem Mekanik.
Menerusi filem Ali Setan yang dilakonkan bersama Fauziah Ahmad Daud, Sheila Majid, Allahyarham Izi Yahya dan Ebby Saiful serta beberapa pelakon lain, Azmil dianugerahkan Pelakon Lelali Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-6 (1986).
Pemegang ijazah dalam bidang Filem, Radio dan Televisyen dari Universiti Indianna, Bloomington, Amerika Syarikat pernah berkahwin sebanyak dua kali dan mempunyai lima orang anak hasil perkahwinan itu berusia antara 15 dan 32 tahun.
Allahyarham juga mempunyai tiga orang cucu berusia antara dua dan lima tahun.
Astro Awani
Wed Feb 14 2018

Azmil pernah ke Syria untuk mempelajari agama Islam dan bergiat dalam bidang dakwah - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Selamat tinggal, Taufik...
Betapa besarnya kehilangan seorang pelakon ikonik era 80-an, Azmil Mustapha buat gandingan emasnya, Fauziah Ahmad Daud.

#AliSetan30Tahun: Lagi saya nak lupakan, lagi orang ingatkan, kata Sheila Majid
Segalanya istimewa dan lucu apabila mengimbas semula pengalaman penglibatan Datuk Sheila Majid dalam filem Ali Setan pada 30 tahun dahulu.