TINGGAL beberapa hari saja lagi, seluruh umat Islam akan menyambut Aidilfitri, maka ramailah yang berpusu-pusu pulang ke kampung halaman.
Namun persoalannya, waktu apakah yang paling sesuai untuk anda pulang memandu kenderaan?
Menurut Presiden Persatuan Sleep Apnea Malaysia (PSAM), Prof Madya Dr Louis Adaikalam, orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada memandu pada waktu di antara pukul 2 hingga 4 petang dan 3 hingga 5 pagi.
Oleh itu, anda disarankan supaya memandu di luar tempoh berkenaan.
Menurut Louis, tempoh tersebut merupakan waktu puncak untuk seseorang itu mengantuk sekali gus boleh membawa kepada kemalangan jalan raya yang berpunca daripada masalah ‘microsleep’.
“Ini adalah dapatan kajian di seluruh dunia, bukan di Malaysia sahaja.
"Pada waktu tersebut memang kita akan rasa mahu tidur, jadi pada mereka yang mahu memandu terutama untuk pulang ke kampung pada musim perayaan ini, sebaiknya waktu tersebut mereka kena elakkan,” katanya sebagaimana dipetik daripada Utusan Malaysia.
Jelas Louis lagi, antara faktor kemalangan jalan raya disebabkan tindak balas lambat serta ‘microsleep’ yang berlaku kepada pemandu berpunca daripada tidak mendapatkan tidur yang berkualiti serta konsisten.
"Microsleep terjadi tanpa amaran, apabila badan letih, otak akan ‘tertidur’ selama beberapa saat, walaupun mata kita terbuka dan tangan memegang stereng.
"Lazimnya potensi menjadi mangsa ‘microsleep’ apabila memandu jarak jauh, di jalan yang lurus ditambah dengan faktor waktu pemanduan serta keadaan kesihatan dan kecergasan pemandu," katanya.
Jadi buat anda yang akan memandu lama nanti, ikuti nasihat dan panduan ini!
Gempak
Thu May 30 2019

Apabila badan letih, otak akan tertidur selama beberapa saat, walaupun mata kita terbuka dan tangan memegang stereng. -Gambar hiasan

Wanita maut dirempuh kereta selepas jatuh motosikal langgar memerang
Seorang jurujual wanita meninggal dunia akibat dirempuh sebuah kereta selepas terjatuh daripada motosikalnya yang terlanggar seekor memerang berhampiran MADAD.

Senarai hitam peniaga sewa, jual tapak bazar Ramadan pada warga asing - Exco
Kerajaan Perak akan bertindak tegas termasuk membatalkan lesen dan menyenaraihitamkan mana-mana peniaga tempatan yang didapati menyewa atau menjual tapak jualan bazar Ramadan kepada warga asing.

Pangkalan data pemantauan salah laku polis AS ditutup atas perintah Trump
Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

Reformasi pendidikan fokus utama KPM tahun ini - Azman
Lapan keutamaan termasuk isu keciciran murid, peningkatan profesionalisme guru, pengukuhan kepimpinan pendidikan MADANI, dan penguasaan literasi serta numerasi murid.

Mahkamah Rayuan tetapkan 19 Mei untuk dengar rayuan Siti Bainun
Mahkamah Rayuan menetapkan 19 Mei ini untuk mendengar rayuan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun.
Dua wanita Singapura ditahan padam rakaman CCTV
Dua wanita didakwa di mahkamah Singapura pada Jumaat kerana memadamkan klip video dan memformat semula sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan rakaman seorang lelaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah pra sekolah.

Proses pemetaan sempadan Selangor, Kuala Lumpur selesai
Kerja-kerja pengukuran dan pemetaan sempadan bagi Selangor dan Kuala Lumpur telah selesai dilaksanakan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 31 Okt tahun lepas.

Dua lelaki didakwa tipu urusan penjualan jam tangan mewah lebih RM2 juta
Kedua-dua lelaki tempatan itu turut didakwa menipu seorang wanita membabitkan urusan pembelian 41 utas jam tangan berjenama Rolex.

Gabenor Bank of Greece beri amaran tarif AS boleh lambatkan pertumbuhan zon euro
Amaran itu dibuat susulan laporan bahasa Presiden AS Donald Trump mencadangkan tarif timbal balik ke atas rakan dagang utama, termasuk EU.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam.

Bahaya microsleep! Ini waktu yang anda patut elak memandu
Tempoh itu merupakan waktu puncak untuk seseorang berasa mengantuk, sekali gus boleh membawa kepada kemalangan jalan raya yang berpunca daripada masalah microsleep.