Cabaran mementaskan teater berkonsep bangsawan bukan sahaja terletak kepada garapan penceritaannya, tetapi lebih besar adalah menarik minat penonton untuk menghargai kesenian bangsawan yang sudah wujud sejak berpuluh tahun lalu.
Justeru, pementasan teater 'Bangsawan Dendam Laksamana', dilihat satu usaha yang dimainkan penggiat seni dalam memberi pendedahan kepada penonton, khususnya anak muda untuk mengenali salah satu cabang seni tertua masyarakat Melayu itu.
"Anak-anak muda perlu cuba datang, sekurang-kurangnya sekali. Dari situ mereka akan tahu, dari mana asal-usul mereka, bagaimana santunnya masyarakat dahulu, dan gaya hidup mereka.
"Sebagai orang yang kali pertama berlakon teater bangsawan, saya sendiri belajar banyak perkara berkenaan asal-usul saya selepas terbabit dalam pementasan ini," kata Aidilla Shafi, salah seorang teraju utama Bangsawan Dendam Laksamana.
Ciri istimewa teater bangsawan meliputi semua aspek kesenian Melayu, iaitu muzik, tarian, seni mempertahankan diri dan bahasa.
"Elemen-elemen ini yang memberi rasa keterujaan dalam pementasan bangsawan dan tentunya bagus jika kita dapat beri penonton rasa perasaan yang sama," ujar salah seorang pelakon yang kini aktif dalam bidang pengarahan, Megat Sharizal.
Bagi pengarah teater Bangsawan Dendam Laksamana, Pat Ibrahim, dia memilih untuk menyuntik elemen pemodenan dalam teater bangsawan untuk memastikan ia boleh diterima ramai.
Pemodenan yang dimaksudkan bagaimanapun perlu berada di paksi yang betul agar nilai seni bangsawan itu tidak hilang.
"Saya seorang pengkarya, jadi saya perlu akur dengan kehendak penonton sekarang. Kerana itu saya cuba masukkan sebanyak mungkin elemen moden seperti dari segi busana, latar dan kesan khas.
"Satu lagi elemen penting adalah muzik, kerana ia membantu membangkitkan emosi. Saya bertuah kerana mendapat khidmat pengarah muzik Saiful Ridzuan yang sememangnya tahu apa yang diperlukan dalam pementasan teater masa kini," kata Pat.
Bagi pelakon berpengalaman, Hairi Safwan, pemodenan itu juga satu cara untuk memberi pendedahan dan menanam minat generasi muda terhadap kesenian bangsawan.
"Kalau nak ikut macam yang asal, takut nanti penonton tertidur. Kalau kita nak didik penonton, kita kena pastikan mereka tak ada ruang pun untuk rasa mengantuk.
"Perlu ada penambahbaikan dan ambil tahu apa yang penonton mahukan. Jadi, pembaharuan itu perlu ada kerana kita kena penuhi kehendak penonton yang beli tiket," katanya membawakan watak Laksamana Megat Seri Rama.
Bangsawan Dendam Laksamana dipentaskan di Matic, Kuala Lumpur, bermula 2 hingga 11 November ini.
Ia menampilkan para pelakon seperti Hairi Safwan, Aidilla Shafi, Datuk Jalaluddin Hassan dan Megat Sharizal.
Madiha Abdullah
Wed Nov 07 2018
Bangsawan Dendam Laksamana dipentaskan di Matic, Kuala Lumpur, bermula 2 November hingga 11 November ini. - Astro AWANI
Kaji akses polis kepada data telefon bimbit dalam undang-undang sedia ada - Lee
Beberapa undang-undang, disaran supaya disemak semula bagi menyediakan garis panduan yang jelas dan khusus terhadap akses polis kepada data telefon bimbit.
ATF: Kukuh pelancongan serantau, jadikan ASEAN destinasi pilihan global
ATF 2025 bertujuan meningkatkan kehadiran pelancong ke ASEAN dengan memupuk rangkaian, perkongsian pengetahuan, dan mempromosikan produk pelancongan serantau.
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Labuan akan melancarkan Pelan Tindakan Pelancongan 2025 yang bertujuan meningaktkan sektor pelancongan dalam tempoh lima tahun akan datang.
Gencatan senjata: Masih awal untuk bergembira - Jurucakap Qatar
Katanya, perbincangan yang dijalankan memperlihatkan perkembangan positif namun masih terlalu awal untuk bergembira.
Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025
Raja Pecut Asia Tenggara 2017 Khairul Hafiz Jantan memberi bayangan untuk bersara sekiranya tidak layak ke Sukan SEA di Thailand, pada 7 hingga 19 Dis tahun ini.
Pembaharuan adalah penting untuk bina ekonomi lebih berdaya tahan - Ahli ekonomi
Pembaharuan adalah langkah penting untuk mengubah Malaysia menjadi ekonomi yang lebih berdaya tahan dan bertenaga yang mampu menyesuaikan diri dengan cabaran domestik dan global.
475 projek perumahan swasta sakit bernilai RM52 bilion diselamatkan pada 2024
TFST berjaya menyelamatkan 475 projek melibatkan 59,050 unit rumah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM52.67 bilion sepanjang tahun lepas.
Najib nafi belanja jutaan ringgit untuk tingkatkan imej peribadi
Najib menegaskan bahawa wang disalurkan daripada Tanore Finance Corporation ke dalam akaun peribadinya merupakan wang derma daripada Raja Arab Saudi.
Labuan berpotensi jadi hab utama industri tuna global
Industri tuna yang telah lama bertapak di pulau bebas cukai, Labuan berpotensi untuk terus berkembang sekali gus menawarkan manfaat besar kepada ekonomi tempatan.
SPRM, FBI tingkatkan kerjasama banteras jenayah rasuah antarabangsa
SPRM dan FBI akan meningkatkan kerjasama bagi menangani cabaran dalam membanteras jenayah rasuah di peringkat serantau dan antarabangsa.
'Bangsawan Dendam Laksamana' beri pendedahan kesenian bangsawan
Bangsawan Dendam Laksamana dilihat satu usaha yang dimainkan penggiat seni dalam memberi pendedahan kepada penonton.