Seorang pensyarah pelawat Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini membidas Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak dan Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkaitan isu pengasingan kategori mengikut bahasa dalam Festival Filem Malaysia (FFM) ke-28 kali ini.
Dr Ahmad Ibrahim yang berpengalaman lebih 40 tahun dalam industri filem, dan turut dikenali sebagai Mat London, dilaporkan menyifatkan dua individu itu "menyibuk" dalam isu bahasa kebangsaan di FFM28.
"Selama ini dua orang ini tidak ambil peduli pun pasal perkembangan atau masalah industri filem kita.
"Malah tak pernah nampak beri sokongan rasmi untuk penganjuran festival filem, apatah lagi membantu jadi penaja FFM," beliau yang juga Penasihat Industri Kreatif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dipetik berkata.
"Tetapi, bila ada isu macam ini, laju sahaja mereka tumpang sekaki bantai FFM. Bila orang industri minta tolong dengan AirAsia dan CIMB atas urusan filem, mereka tak layan pun," kata Ahmad kepada blog Tabloid Seni dalam satu artikel yang disiarkan pada Ahad.
Beliau menjelaskan, isu yang berlaku dalam penjurian FFM28 mengenai bahasa kebangsaan dan kategori yang diasingkan dalam festival kali ini adalah atas dasar serta semangat identiti perfileman nasional.
Ia sememangnya syarat penyertaan festival yang diguna pakai sejak dulu dan mengikut Dasar Perfileman Nasional (DFN), tegasnya.
"Kena faham isu ini terlebih dulu, jangan sedap mulut saja cakap. Kena hormati peraturan yang kita buat, kita ada dasar, peraturan dan Akta yang termaktub... termasuk syarat penyertaan FFM.
"Kita ada identiti nasional menerusi filem nasional dan bahasa nasional," ujarnya.
Mat London turut mendakwa pernah mendapat rungutan penggiat industri yang gagal mendapatkan pinjaman di CIMB dan ada juga menerima rungutan berkenaan diskaun tiket kapal terbang daripada AirAsia.
"Saya pernah dengar rungutan ada orang industri nak buat pinjaman di CIMB untuk projek filem, mereka tidak dilayan.
"Pernah pihak produksi minta diskaun tiket kapal terbang daripada AirAsia untuk ke destinasi tertentu, bukan nak minta free tetapi minta diskaun sikit. Namun malangnya permintaan mereka tidak dilayan," blog itu memetik Ahmad berkata.
"Sekarang Tony dan Nazir begitu ambil berat pasal FFM. Saya terharu... tetapi tidak perlulah nak sibuk masuk campur dalam isu FFM sekarang," katanya.
BACA: FFM: Tiada beza filem Bahasa Malaysia atau Bukan Bahasa Malaysia - KP Finas
BACA: [UNDIAN] FFM28: Perlukah pembikin filem diasingkan berdasarkan bahasa?
BACA: FFM: Apa saja filem yang lahir dari negara ini harus diterima sebagai filem Malaysia - Mahadi J Murat
Sewaktu pengumuman dibuat Rabu lalu, dua kategori baharu diumumkan bagi persaingan trofi iaitu 'Pengarah Filem Bukan Dalam Bahasa Malaysia Terbaik' dan 'Lakon Layar Filem Bukan Bahasa Malaysia Terbaik'.
Sewaktu penganjuran FFM27 lalu, kategori 'Filem Bukan Bahasa Malaysia Terbaik' telah mula diperkenalkan, dan menyaksikan filem The Journey membawa pulang anugerah tersebut.
Isu mengenai penambahan dua kategori yang diasingkan mengikut bahasa menjadi persoalan dalam FFM28.
Astro Awani
Sun Aug 07 2016

AHMAD: Bila ada isu macam ini, laju sahaja mereka tumpang sekaki bantai FFM. Bila orang industri minta tolong dengan AirAsia dan CIMB atas urusan filem, mereka tak layan pun. - Gambar UiTM

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

Tiada paksaan, terpulang jika Nazir mahu berhenti awal - Daim
Keputusan untuk Nazir meletak jawatan terpulang sepenuhnya kepada individu tersebut.

Nazir Razak tokoh terkemuka di Malaysia, ASEAN - Tok Pa
Datuk Seri Mustapa Mohamed mengakui Pengerusi Kumpulan CIMB Group Holdings Bhd, Datuk Seri Nazir Razak sebagai salah seorang tokoh terkemuka di Malaysia dan ASEAN yang lantang menyuarakan pandangan.

Bantu industri seni, bukan lempar kata-kata kosong - pensyarah pelawat UiTM
Dr Ahmad Ibrahim yang berpengalaman lebih 40 tahun dalam industri filem, dan turut dikenali sebagai Mat London, dilaporkan menyifatkan dua individu itu "menyibuk" dalam isu bahasa kebangsaan di FFM28.

Nazir bercuti bagi membolehkan semakan ke atas pemindahan AS$7 juta
Pengerusi CIMB Group Holdings Datuk Seri Nazir Razak mengesahkan akan mengambil cuti bermula hari ini secara sukarela.

'Saya takkan pakai baju merah' - Nazir Razak
Kata Pengerusi Kumpulan CIMB itu, 16 September ini adalah hari di mana rakyat Malaysia perlu meraikan kepelbagaian yang berjaya dibentuk di negara ini.