Komposer bertaraf legenda dalam industri muzik itu sudah menghasilkan ratusan lagu popular, selain membantu menaikkan nama ramai penyanyi terkenal.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.17 pagi Jumaat di Hospital Selayang, akibat angin ahmar.
Bagi yang tidak begitu mengenali Allahyarham, di sini Astro AWANI kongsikan beberapa fakta untuk kita sama-sama mengenang insan hebat ini:
- Adnan bin Abu Hassan, dilahirkan pada 6 Januari 1959.
- Berasal dari Jalan Pegawai, Alor Star, Kedah.
- Berkelulusan Berklee College of Music, Amerika Syarikat.
- Merupakan anak sulung empat beradik. Dua adiknya, Azlan dan Azman, juga komposer.
- Pernah dipertanggungjawabkan sebagai Pengarah A&R di beberapa buah syarikat rakaman, antaranya Suria Records, BMG Music dan Happy Records.
Tugasan itu disandang dengan penuh jaya, apabila berjaya mencungkil bakat ramai penyanyi bertaraf bintang, antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Misha Omar dan Liza Hanim. - Juga pernah terlibat sebagai penasihat dan guru vokal untuk rancangan Akademi Fantasia.
- Mempunyai tiga orang anak berusia di antara 15 hingga 20 tahun.
- Antara lagu popular beliau ialah "Di Persimpangan Dilema", "Jerat Percintaan", "Puncak Kasih", "Camar Yang Pulang" dan "Bunga-Bunga Cinta".
- Dikatakan antara komposer dengan bayaran royalti tertinggi, selain Datuk M.Nasir, Saari Amri, Edry (KRU).
- Dikurniakan Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa kepada gelaran Datuk sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah, Tunku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang ke-86, dua tahun lalu.