PENYANYI muda As'ad Motawh mohon agar peminat memberikan peluang kepada penyanyi generasi baharu (budak-budak baru nak up) untuk menonjolkan bakat.
Kata As'ad, 17 tahun, selepas insiden memalukan dalam sebuah rancangan siaran langsung di Indonesia hujung tahun lalu, netizen sering meletakkan justifikasi penyanyi generasi baharu tidak berbakat sebaliknya hanya menjual rupa.
"Berilah peluang kepada budak-budak baru nak up untuk mempersembahkan bakat yang mereka ada, janganlah asyik menghentam dan mengutuk sahaja.
"Misalnya saya sendiri, pengalaman dalam bidang nyanyian belum cukup setahun lagi dan masih banyak yang perlu dipelajari.
"Janganlah kerana satu kesalahan, pelbagai hukuman dijatuhkan kepada saya," katanya kepada Astro Gempak.
BACA: Insiden memalukan di Indonesia: "Saya tak pasti itu sabotaj" - As'ad Motawh
BACA: 'Jangan kecam, pagi memang susah nak menyanyi'- Tajul pertahan As'ad Motawh
As'ad yang ditemui pada majlis pengumuman Top 20 Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME 2018) di Hotel Hilton, Kuala Lumpur baru-baru ini mengakui dia tidak segan untuk mengambil kelas vokal dan tarian bagi mengasah kemahiran yang ada.
"Saya sekarang sudah masuk kelas vokal dan tarian bagi memperbaiki persembahan saya selepas ini.
"Daripada soal rezeki pula, Alhamdulillah setakat ini tidak terjejas pun malah semakin banyak.
"Keluarga terutamanya ibu dan bapa saya banyak memberikan sokongan dan berharap saya tidak salah percaturan lagi selepas ini," tambahnya.
Dalam perkembangan lain, As'ad merancang bakal mengeluarkan album sulungnya yang memuatkan 10 buah lagu pada Disember tahun ini.
As'ad yang sedang sibuk dengan persediaan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini bakal mengadakan siri jelajah Asia Tenggara (Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina) pada hujung tahun ini.
Sementara itu, As'ad juga tercalon dalam kategori Artis Baharu MeleTOP untuk AME 2018 di samping Hannah Delisha, Ismail Izzani, Wany Hasrita, Farah Nabilah dan Afifah Nasir.
Undian fasa pertama AME 2018 mula dibuka mulai 22 Januari 2018 bermula 6 petang hingga 23 Februari 2018 untuk anda menentukan lima calon terbaik daripada 20 pencalonan awal.
Undian boleh dibuat secara online di tiga buah platform iaitu di laman web rasmi www.anugerahmeletopera.com.my, aplikasi ERA dan aplikasi RAKU yang boleh dimuat naik secara percuma di App Store dan Google Play Store.
Seterusnya undian fasa kedua untuk menentukan pemenang akhir untuk setiap kategori pula boleh dibuat menerusi laman web rasmi, aplikasi ERA dan RAKU serta kiriman SMS bermula 6 Mac 2018, pukul 1 tengahari hingga 8 April 2018, pukul 12 tengahari.
Klik di sini untuk melihat senarai top 20 AME 2018.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @asadmotawh
Gempak
Mon Jan 29 2018

Kata As'ad, 17, selepas insiden memalukan dalam sebuah rancangan siaran langsung di Indonesia hujung tahun lalu, netizen sering meletakkan justifikasi penyanyi generasi baharu tidak berbakat.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Hentikan sifat membenci, stop cyber bullying - Klip video pendek As'ad Motawh makan dalam!
Dalam usia yang masih muda, As'ad, 18, melalui detik-detik yang begitu menekan perasaannya seperti yang dipaparkan di dalam klip pendek tersebut.

As'ad Motawh hadir dengan single baharu, peminat taruh harapan lagu 'Selamanya'
Agak berbeza dengan lagu-lagunya sebelum ini seperti Senyum, Percaya dan Warna kini As'ad hadir dengan genre balada pula.

"Saya hampir mati..." - Tapi netizen dakwa As'ad Motawh sengaja jatuhkan diri
Kena tengok video itu sendiri!

Pelukan peminat wanita atas pentas didakwa gimik, ini jawapan As'ad Motawh
Penyanyi As'ad Motawh menafikan dakwaan kononnya kejadian dia dipeluk oleh seorang peminat wanita ketika membuat persembahan adalah gimik semata-mata.

Amboi ... Beraninya As'ad Motawh mengusik Kendall Jenner!
Supermodel dan selebriti popular Hollywood, Kendall Jenner berkongsi sekeping gambar baru-baru ini.

As'ad Motawh hampir patah hidung, jari tangan
PENYANYI, As'ad Motawh, 18, berkongsi di Twitter miliknya, hidung dan jari tangannya nyaris patah sewaktu melakukan latihan untuk muzik video single terbaharunya, semalam.

Saya suka 'stalk' - As'ad Motawh
Penyanyi popular menerusi lagu 'Senyum' memberitahu dia mempunyai hobi suka stalk pengikutnya di media sosial.

'Kalau Haqiem berhenti, saya pun akan berhenti menyanyi' - As'ad Motawh
Penyanyi muda As'ad Motawh ingin mengikut jejak langkah Haqiem Rusli sekiranya penyanyi itu bersara daripada dunia seni.

'Tak rosakkan lagu orang tak sah' - As'ad Motawh dikecam
As'ad diminta secara spontan menyanyikan lagu popular dari republik Indonesia itu ketika dijemput menghadiri sebuah rancangan televisyen yang dihoskan oleh Sherry Al Hadad.

As'ad Motawh akhirnya tampil beri penjelasan insiden jatuh pentas 'runway'
As'ad tampil menjelaskan situasi sebenar yang menyebabkan dia tersadung dan terjelepuk di pentas itu.