PENYANYI dari Indonesia yang juga peserta Big Stage 2019, Dinda Permata menegaskan kesilapan yang dilakukan di atas pentas bukanlah penyebab dia menangis semasa melakukan persembahan.
Jelas Dinda, dia gagal mengawal emosi kerana lagu Terlalu Memuja mengingatkannya kepada ibu dan adik beradiknya yang berada di Indonesia.
"Sebenarnya, semasa sesi latihan saya sudah menangis dan memberitahu kepada guru teknikal vokal, Cikgu Syafi yang saya khuatir tidak mampu untuk mengawal emosi.
"Lagu Terlalu Memuja bukan dipilih oleh saya tetapi pihak produksi. Saya memberikan sepenuh kepercayaan kerana tahu mereka lebih arif untuk memilih lagu yang digemari oleh masyarakat Malaysia.
"Kejadian menangis di atas pentas bukan disebabkan saya sudah melakukan kesilapan. Kali pertama saya mendengar lagu itu sudah membuatkan air mata saya menitis.
"Setiap kali menyanyikan lagu tersebut saya terfikir ibu dan adik-adik saya. Saya tidak tahu sama ada sudah memberikan yang terbaik untuk mereka atau tidak.
"Saya anggap ini adalah cabaran kepada saya untuk membawa lagu yang beremosi. Ternyata pada malam ini saya gagal mengawal emosi semasa menyampaikan lagu itu," katanya sambil menitiskan air mata.
Dinda ditemu bual selepas tamatnya konsert ketiga Big Stage 2 bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor.
Dalam pada itu, Dinda mengucapkan terima kasih kepada penyanyi Aziz Harun kerana menjadi penyelamat kepadanya daripada tersingkir.
BACA: Big Stage: Aziz Harun tarik diri, Dinda Permata terselamat
"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Aziz kerana telah memberi peluang untuk saya menebus kembali kesilapan yang telah dilakukan.
"Saya juga berasa terharu apabila segelintir penonton yang bukan dari kalangan peminat saya menjerit tidak membenarkan saya tersingkir," katanya kepada Gempak.
Pada awalnya, Dinda telah diumumkan sebagai peserta kedua tersingkir pada minggu ketiga Big Stage 2019.
Walaubagaimanapun, Aziz mengambil keputusan untuk menarik diri secara rela hati kerana ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara, justeru Dinda terselamat pada minggu ini.
10 peserta melangkah ke minggu keempat dan bakal mempersembahkan lagu mengikut tema Duominasi.
Komposer Ajai diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan.
Penyanyi Aman RA telah membuka pentas Big Stage minggu ketiga dengan lagu tema filem Sangkar, 'Fighter'.
Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.
Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!
Gempak
Mon Sep 02 2019
Dinda Permata menegaskan kesilapan yang dilakukan di atas pentas bukanlah penyebab dia menangis semasa melakukan persembahan.
Sabah catat lebih 2.4 juta pelancong sembilan bulan pertama tahun ini
Sabah mencatatkan 2.41 juta ketibaan pelancong dari dalam dan luar negara bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dengan pelancong teramai dari China iaitu 39 peratus daripada jumlah berkenaan.
Komposer AR Rahman, isteri bercerai selepas 29 tahun berkahwin
Komposer tersohor India yang pernah meraih anugerah Oscar AR Rahman dan isterinya, Saira Banu, secara rasmi mengumumkan keputusan mereka untuk bercerai selepas hampir tiga dekad berkahwin
Diana Danielle harap kes perceraian selesai segera
Aktres dan penyanyi, Diana Danielle berharap prosiding perceraian dengan suami, Farid Kamil yang bersambung pada 2 Disember depan dapat diselesaikan dengan segera.
Kakitangan AeroDarat digantung tugas sementara - Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, tindakan diambil bagi membolehkan siasatan dijalankan walaupun penumpang yang berstatus Notis Penolakan Masuk (NTL), didakwa melakukan provokasi.
Kerajaan terus laksana reformasi, tidak hanya tumpu segmen tertentu
Kerajaan Perpaduan sentiasa memberi keutamaan kepada reformasi dengan kini kerajaan sedang mengimbangi pengurusan kos sara hidup, pertumbuhan ekonomi dan pelbagai aspek lain.
Kerajaan tidak bercadang tarik subsidi minyak masak peket
Kenyataannya yang tular sebelum ini menyentuh mengenai usaha berterusan kerajaan untuk mengurangkan ketirisan, bukan mahu memansuhkan subsidi untuk minyak paket.
Mahkamah lepas dan bebas Tun Daim
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, daripada tuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.
Pendaftaran PADU Fasa 2 dibuka selepas Kabinet luluskan - Rafizi
Pendaftaran PADU fasa kedua akan dibuka selepas Kabinet meluluskan beberapa kriteria yang sedang diperhalusi oleh kementerian yang terlibat.
AWANI Borneo [20/11/2024] – Bonus dua bulan gaji | Memperkasa ekonomi Sabah | Bantu siasatan SPRM
AWANI Borneo Rabu, 20 November 2024 bersama Assim Hassan.
SPRM sahkan bekas CEO Sabah Mineral Management dirakam percakapan.
Abang Jo umum bonus dua bulan gaji untuk penjawat awam negeri, RM700 untuk penjawat awam persekutuan.
Pembangunan infrastruktur di kawasan sempadan Sabah-Kalimantan dipergiat.
SPRM sahkan bekas CEO Sabah Mineral Management dirakam percakapan.
Abang Jo umum bonus dua bulan gaji untuk penjawat awam negeri, RM700 untuk penjawat awam persekutuan.
Pembangunan infrastruktur di kawasan sempadan Sabah-Kalimantan dipergiat.
'Fieya Julia telah menggunakan sebaiknya imuniti yang diberikan, cuma...' - Siti Nurhaliza
Datuk Seri Siti Nurhaliza akui berpuas hati dengan senarai peserta yang layak memasuki peringkat akhir program Big Stage 2019.
Big Stage 2019: Saya tidak terkilan - Santesh
Rezeki ada di mana-mana ..
Big Stage 2019: Tiada lagi kelibat Santesh minggu depan
Keputusan konsert keenam Big Stage 2019 mengejutkan ramai pihak apabila Santesh tersingkir.
Big Stage 2019: "Tak sangka seramai itu orang tidak suka saya" - Chaleeda tertekan
Penyanyi kelahiran Thailand, Chaleeda Gilbert akui menerima keputusan penyingkirannya dengan hati terbuka pada malam minggu kelima program Big Stage 2019.
Big Stage 2019: Syada dan Chaleeda tersingkir, ini kedudukan peserta beserta markah keseluruhan!
Makin mencabar ..
"Saya akan jadi liabiliti besar kalau masuk Big Stage" - Naim Daniel
Jelas Naim, keputusan untuk tidak terbabit dengan rancangan itu dirasakan tepat memandangkan jadual hariannya terlalu padat.
Big Stage 2019: Gagal kawal emosi, Dinda Permata hampir tersingkir
Jelas Dinda, dia gagal mengawal emosi kerana lagu Terlalu Memuja mengingatkannya kepada ibu dan adik beradiknya yang berada di Indonesia.
Sheryl Shazwanie peserta pertama tersingkir di Pentas Big Stage 2019
Pentas Big Stage 2019 minggu kedua menyaksikan penyingkiran peserta pertama, Sheryl Shazwanie.