DUA bintang drama siri Korea, Descendant of the Sun, mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga Oktober ini.
Song Hye Kyo dan Song Joong Ki, menerusi agensi pengurusan mereka mengumumkan akan berkahwin 31 Oktober ini.
Portal hiburan dan gaya hidup Korea, Soompi, antara yang terawal melaporkan berita itu di akaun Twitter, dan ia menerima lebih 13,000 retweet dalam masa tidak sampai tiga jam.
"Perkahwinan bukan sahaja melibatkan dua individu, tetapi juga keluarga. Kami tidak dapat memberi apa-apa maklumat selagi tiada kepastian.
"Apabila semuanya telah diputuskan, kami dengan gembiranya mengumumkan Song Hye Kyo dan Song Joong Ki akan berkahwin pada hari terakhir bulan Oktober 2017," kenyataan itu menyebut.
Digelar peminat dengan panggilan #SongSongcouple, Hye Kyo, 35, dan Joong Ki, 32, dilaporkan mula rapat ketika penggambaran drama bersiri yang mencipta fenomena tahun lalu itu, namun tidak pernah mengesahkan gosip percintaan mereka.
Mungkin kerana sikap pasangan ini yang begitu berahsia tentang hubungan mereka, berita gembira ini disambut peminat dengan rasa terkejut, namun tetap teruja.
Selain tarikh, perincian mengenai majlis berkenaan, seperti lokasi, belum dapat dipastikan.
Madiha Abdullah
Wed Jul 05 2017

Song Hye Kyo (kiri) dan Song Joong Ki menerusi agensi pengurusan mereka, mengumumkan akan berkahwin 31 Oktober ini. - Foto Twitter.com / K-Drama News!
#AWANIRingkas 12 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Mac 2025
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas

Kastam rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM200,000 di Pulau Pinang
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api pelbagai jenama bernilai lebih RM200,000, dalam dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat.
Agenda AWANI: Bina semula Gaza, tolak usir rakyat Palestin
Sejauh mana Pelan Pembangunan Semula Gaza oleh Mesir dan negara Arab yang dianggarkan bernilai kos AS$53 bilion dalam tiga fasa ini realistik untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun? Diskusi 9 malam
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

Bintang drama Korea, Descendants of the Sun, bakal berkahwin
Song Hye Kyo dan Song Joong Ki, menerusi agensi pengurusan mereka, mengumumkan akan berkahwin 31 Oktober ini.

Siri 'Descendants of the Sun' berakhir, peminat tarik nafas lega
'Descendants of the Sun' buat masa ini disifatkan drama bersiri paling berjaya di Korea, apabila berjaya mencatat lebih 30 peratus tontonan.