BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang menanggung beban.
Demikian gambaran kepiluan yang sedang dihadapi oleh artis terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) yang kehilangan suaminya, Ashraf Sinclair awal pagi Selasa.
Dalam video yang dikongsi di laman sosial, Bunga dan anaknya, Noah Sinclair tidak mampu menahan kesedihan dengan suami yang menjadi pendampingnya selama 11 tahun.
Berpakaian serba putih, Bunga kehilangan kata-kata dan hanya mampu mengangguk mendengar kata-kata semangat yang diberikan kepadanya oleh tetamu yang hadir memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarham Ashraf.
Video Bunga sedang bersedih dikongsi oleh pemilik akaun Instagram lambe-turah.
Ketika ini, pengurusan Bunga memohon kerjasama daripada pihak media untuk tidak mengganggu artis popular itu yang sedang berduka dengan pemergian suami tercinta.
Bunga kehilangan suaminya, Ashraf pada awal pagi ini akibat serangan jantung.
Pemergian Ashraf sangat mengejutkan kerana Allahyarham menghembus nafas terakhir pada usia 40 tahun.
Pasangan berkenaan dikurniakan seorang cahaya mata, Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.
Sementara itu, portal Kompas melaporkan jenazah Allahyarham Ashraf akan dikebumikan selepas solat Asar di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat.
Jenazah Ashraf dibawa keluar dari rumahnya di Pejaten, Jakarta Selatan sekitar pukul 2 petang (waktu tempatan).
BACA: 'Ashraf Sinclair sihat, tidak hidap penyakit' - Pengurus Bunga Citra Lestari
BACA: "Hidup ini fragile" - Nasihat Ashraf Sinclair kepada Nash Idrus
Astro Awani
Tue Feb 18 2020
![Bunga Citra Lestari kehilangan kata-kata... Bunga Citra Lestari kehilangan kata-kata...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/71582013481_BCL.jpg)
Wajah sugul Bunga Citra Lestari yang sedang berduka dengan pemergian suaminya, Ashraf Sinclair.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![“Assalamualaikum…” - Ibu kenang 5 tahun pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair “Assalamualaikum…” - Ibu kenang 5 tahun pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739875165_ashrafsinclair.jpg)
“Assalamualaikum…” - Ibu kenang 5 tahun pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair
Ibu Allahyarham Ashraf , Dida Sinclair mengenang pemergian anak yang meninggal dunia kerana serangan jantung.
![Selamat hari jadi di syurga - BCL titip ucapan hari jadi buat arwah Ashraf Sinclair Selamat hari jadi di syurga - BCL titip ucapan hari jadi buat arwah Ashraf Sinclair](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726727018_bcl.jpg)
"Selamat hari jadi di syurga" - BCL titip ucapan hari jadi buat arwah Ashraf Sinclair
Bunga Citra Lestari memuat naik gambar Ashraf meniup lilin dan mengucapkan selamat hari jadi kepada arwah suaminya itu.
!['Rasa sakit itu akan selamanya ada' - BCL luah isi hati selepas kembali bergelar isteri 'Rasa sakit itu akan selamanya ada' - BCL luah isi hati selepas kembali bergelar isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701575547_BungaCintraLestari.jpg)
'Rasa sakit itu akan selamanya ada' - BCL luah isi hati selepas kembali bergelar isteri
Penyanyi lagu Cinta Sejati ini juga memanjatkan rasa syukur kerana akhirnya dia dipertemukan dengan seorang lelaki yang telah berjaya menawan dan mengisi kekosongan hatinya.
![Bunga Citra Lestari, Tiko sah bergelar suami isteri Bunga Citra Lestari, Tiko sah bergelar suami isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701506801_BCLtiko.jpg)
Bunga Citra Lestari, Tiko sah bergelar suami isteri
Difahamkan, majlis pernikahan BCL hanya dihadiri 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat terdekat.
![Duda anak tiga kekasih Bunga Citra Lestari? Duda anak tiga kekasih Bunga Citra Lestari?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679879822_TBBCL.jpg)
Duda anak tiga kekasih Bunga Citra Lestari?
Tiko Aryawardhana didakwa sangat akrab dan sering menemani BCL ke pelbagai acara.
![Air mata BCL tumpah saat dendang lagu 12 Tahun Terindah Air mata BCL tumpah saat dendang lagu 12 Tahun Terindah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674873484_BCLKonsertFamily.jpg)
Air mata BCL tumpah saat dendang lagu 12 Tahun Terindah
Kembali ke Kuala Lumpur, tempat berputiknya cinta bersama arwah tidak mustahil untuk Bunga tidak terkenang dengan memori-memori lama.
![Ariel kawan baik saya - Bunga Citra Lestari Ariel kawan baik saya - Bunga Citra Lestari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668052262_TBBCLjpg.jpg)
"Ariel kawan baik saya" - Bunga Citra Lestari
BCL jawab tuduhan liar dia menjalin hubungan intim dengan Ariel (Noah).
![Filem terakhirnya.. - BCL terharu filem lakonan Ashraf bakal ditayangkan tidak lama lagi Filem terakhirnya.. - BCL terharu filem lakonan Ashraf bakal ditayangkan tidak lama lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41622262753_MERCILESS.jpg)
"Filem terakhirnya.." - BCL terharu filem lakonan Ashraf bakal ditayangkan tidak lama lagi
Bunga puji usaha dan pencapaian suaminya dalam filem J2: J Retribusi yang akan dilancarkan menerusi platform penstriman Disney Hotstar pada 1 Jun ini.
![Setahun pemergian Ashraf Sinclair: 'Kami merinduimu, Abang Ash' - Yuna Setahun pemergian Ashraf Sinclair: 'Kami merinduimu, Abang Ash' - Yuna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/71582008468_belasungkawa.jpg)
Setahun pemergian Ashraf Sinclair: 'Kami merinduimu, Abang Ash' - Yuna
Hari ini genap setahun pemergian aktor Ashraf Sinclair, namun kehilangannya masih dirasai.
![Kalaulah saya tahu saya cuma ada masa 12 tahun dengannya... - Bunga Citra Lestari Kalaulah saya tahu saya cuma ada masa 12 tahun dengannya... - Bunga Citra Lestari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/51582033403_TBBungaCitraLestari.jpg)
Kalaulah saya tahu saya cuma ada masa 12 tahun dengannya... - Bunga Citra Lestari
Bunga menyifatkan kehilangan Ashraf membuatkan dia kembali memikirkan apa sebenarnya yang dicari dalam hidup.