PELAWAK terkenal Tauke Jambu, yang didakwa mempunyai hubungan cinta dengan seorang wanita dari seberang, menafikan menceraikan isterinya menerusi WhatsApp.

“Kami masih lagi suami isteri. Cerita kami sudah bercerai menerusi Whatsapp itu tidak betul,” katanya kepada Harian Metro pada Ahad.

Laporan sebelum ini menyebut isteri Tauke, Nadia Mohd Affandi mengaku sudah diceraikan Tauke menerusi kiriman suara Whatsapp baru-baru ini.

Menurut Tauke, sebagai suami dia memang berusaha untuk menyelamatkan rumah tangganya itu.

Malah Tauke mendedahkan wujud individu yang menghasut isteri tercintanya untuk mengeluarkan kenyataan berkenaan.

“Cuma saya berharap semua pihak tidak sebarkan lagi fitnah dan doakan yang baik-baik,” jelas laporan berkenaan lagi.

Semalam, Astro Gempak melaporkan pengakuan Nadia yang sudah diceraikan suami tercintanya akibat campur tangan orang ketiga.

"Apa yang saya boleh cakap sekarang ini, kami sudah berpisah sejak masuknya tahun baharu.

“Keretakan rumah tangga kami adalah berpunca daripada orang ketiga," kata Nadia ketika dihubungi Gempak.



Tambah Nadia, ini bukan kali pertama dia bergaduh bersama Tauke membabitkan soal orang ketiga.

Malah Nadia yang bernikah dengan suami terkenal yang berstatus selebriti popular tanah air pada Disember 2017 itu mendakwa Tauke mempunyai ramai rakan perempuan.

Wanita yang baru melahirkan bayi perempuan, Zamatul Khayla Aydina tiga bulan lalu itu juga mendakwa 'bekas' suaminya mempunyai hubungan dengan wanita dari seberang.