Pengetua #AF2015 Edry Abdul Halim meminta supaya semua pihak tidak mengaitkan isu penarikan diri pelakon Rozita Che Wan selaku juri tetap sebagai masalah peribadi.
Menurut Edry, sebagai pengetua dia berhak untuk mempertahankan pelajar #AF2015 dari sebarang kritikan yang tidak membina.
“Saya tak nak mahu isu ini jadi isu peribadi, itu hak Che Ta dan saya tidak ada masalah dengan dia.
“Cuma saya tidak berapa gemar cara dia mengkritik kerana bagi saya itu bukanlah kritikan yang membina.
“Sebagai contoh minggu lalu tentang kritikan terhadap Rachel, bagaimana kita nak ubah ‘slang’ Rachel sedangkan orang tahu perkara itu agak sukar untuk dibuat?
“Dah masuk minggu ketujuh, dan saya rasa tidak perlu lagi ada kritikan-kritikan tak membina seperti itu,” jelasnya ketika dihubungi Astro Gempak pagi Selasa.
Selain itu, Edry juga tidak bersetuju dengan dakwaan Che Ta yang menganggap dirinya sebagai seorang yang emosi dan tidak profesional.
“Jika nak kata saya bersikap tak profesional, itu salah! Saya masih lagi boleh terima terima apa sahaja kritikan dengan terbuka asalkan ia dapat bantu tingkatkan prestasi pelajar.
“Sebagai contoh Dato’ Ramli, setiap kritikan yang diberikan mempunyai penjelasan di mana pelajar sendiri juga faham.
“Saya hormati kerja Che Ta sebagai juri dan dalam masa yang sama juga saya perlu pertahankan pelajar-pelajar saya,” katanya tegas.
Dalam pada itu ketika diminta mengulas mengenai isu penarikan diri tersebut Edry memberitahu itu adalah keputusan terbaik yang dibuat oleh Che Ta.
“Saya rasa itu adalah demi kebaikan dia juga, mungkin dia tidak tahan dengan tekanan yang diberikan sebagai pengkritik.
“Saya faham ini bukan bidang dia dan jika itu keputusannya, saya hormati dan ‘all the best’ untuk Che Ta.
“Andai kata diberikan pengkritik yang baru kalau boleh saya mahu yang terbaik.” katanya mengakhiri perbualan.
Ikuti penjelasan Edry mengenai komen Che Ta terhadap persembahan Sufi pada Ahad lalu di minggu yang bertemakan Rock di bawah:
Gempak
Tue Sep 15 2015
Pengetua #AF2015 Edry Abdul Halim meminta supaya semua pihak tidak mengaitkan isu penarikan diri pelakon Rozita Che Wan selaku juri tetap sebagai masalah peribadi.
Polis siasat dokumen palsu guna Jata Negara, logo Badan Peguam dan nama KPN
Semua perkara yang dinyatakan dalam dokumen terbabit adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan mana-mana jabatan kerajaan.
AWANI Ringkas: Mahkamah Sesyen beri kebenaran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Malaysia: TFC elak permainan bertahan hadapi JDT
Terengganu FC (TFC) tidak akan sesekali menampilkan corak permainan bertahan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
RM12 bilion perolehan aset ATM tahun ini - Mindef
Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini.
Perkembangan banjir di Sandakan
Wakil Astro Awani Rebecca Chong, melaporkan perkembangan banjir, hampir semua kawasan di Sandakan, ditenggelami air.
Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.
Tahap buruk di Sabah sehingga Jumaat
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah.
Hujan lebat berterusan, bandar Sandakan terjejas
Hujan lebat tanpa henti sejak pukul 8.30 pagi telah menyebabkan banjir kilat yang menjejaskan hampir kesemua kawasan bandar di Sandakan.
Mahkamah benar permohonan pesara kerajaan untuk pelarasan pencen
Mahkamah Tinggi membenarkan pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam 2016, yang berkuat kuasa, mulai Januari 2022.
Johor catat hasil RM2.1 bilion tahun lepas, tertinggi pernah direkodkan - Onn Hafiz
Beliau berkata pencapaian itu sekali gus menyaksikan jumlah tersebut melebihi sasaran yang ditetapkan kerajaan negeri sebanyak RM1.9 bilion.
9 perkara menarik sepanjang Konsert Minggu 8 #AF2015
Astro Gempak berkongsi 9 perkara menarik yang berlaku sepanjang konsert #AF2015 yang mungkin penonton setia AF terlepas pandang.
Syamel terselamat, Ramli MS guna kuasa juri
Mengejutkan! Pelajar #AF2015 yang terkenal dengan jolokan suara emas, Syamel diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir di konsert minggu kelapan sebentar tadi.
Syamel, Sufi & Bila pilihan Afgan untuk ke final #AF2015
Penyanyi terkenal Indonesia Afgan akui terpegun melihat persembahan pelajar-pelajar #AF2015 sewaktu menjadi juri jemputan di konsert kelima #AF2015.
Che Ta tarik diri juri AF2015, Edry ucap 'All The Best'
Pengetua #AF2015 Edry Abdul Halim meminta supaya semua pihak tidak mengaitkan isu penarikan diri pelakon Rozita Che Wan selaku juri tetap sebagai masalah peribadi.
Terkejut tersingkir di konsert kedua, Ziqa #AF2015 hampir pengsan
Pelajar #AF2015 Ziqa hampir pengsan apabila namanya diumumkan sebagai peserta kedua tersingkir di konsert kedua #AF2015 malam tadi.
Siri foto menarik sekitar Konsert Penentuan #AF2015
Konsert Penentuan #AF2015 sudah pun berakhir dengan menyaksikan seramai 12 orang pelajar telah dipilih oleh pengetua, Edry Abdul Halim.
Inilah wajah 16 bakal pelajar #AF2015
Tirai program realiti popular Akademi Fantasia (AF2015) akan bermula tidak lama lagi dan seramai 16 orang bakal pelajar AF telah dipilih menerusi ujibakat yang dijalankan di lokasi tertentu.