Penyanyi tanah air yang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna tampil dengan single terbarunya, 'Crush' berkolaborasi dengan penyanyi antarabangsa, Usher.
Kolaborasi mereka dalam lagu Crush adalah satu penyatuan yang indah dengan dendangan berjiwa Yuna dan Usher.
Lagu ini muncul selepas single, Places To Go, yang dimuat naik di laman YouTube menerusi saluran YouTube rasmi Yuna iaitu YunaVEVO.
Ia juga bakal menjadi lagu pertama dalam album terbaharunya, Chapters.
Menerusi laman Instagramnya, Yuna berkata single terbaharunya, Places To Go dan Crush boleh didapati di iTunes mulai Jumaat lalu.
“Teruskan sokongan kepada pemuzik tanah air dengan membeli lagu saya dan bukannya memuat turun secara cetak rompak,” tulis Yuna.
Menurut portal The Fade, album terbaharu Yuna, Chapters akan dilancarkan pada 20 Mei ini.
Yuna juga bakal mengadakan persembahan jelajah Amerika Syarikat dan Eropah pada April ini selain di Berlin, Amsterdam, Paris, New York dan Los Angeles.
Pastinya peminat Yuna di Malaysia tidak sabar akan kemunculan album terbaru Yuna.
Rata-rata peminat Yuna juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi reaksi mereka di media sosial.
Kohilah Sekaran
Sat Feb 27 2016

Pastinya peminat Yuna di Malaysia tidak sabar akan kemunculan album terbaru Yuna yang berjudul Chapters.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Lama berdiam diri, David Archuleta kembali dengan single baharu
David,28, kembali dengan single terbaharu berjudul Paralyzed.

Lagu bertaraf Grammy? Yuna dan G-Eazy cipta magis menerusi Blank Marquee
Muzik Video best!

Saya pernah hanya makan mee segera, nasi dan sardin ketika di LA - Yuna
Yuna dalam satu catatan di Instagram berterima kasih kepada mereka yang membantu beliau ketika mula menetap di Los Angeles.

Pertemuan Usher dengan ibu bapa Yuna curi tumpuan
Usher memberitahu dia sudah jatuh hati dengan bakat Yuna dan berharap penyanyi itu sudi menjadi penerbit albumnya yang akan datang.

Single terbaru Yuna tampilkan artis lelaki sedang 'boom'
Setelah kejayaan duet Yuna bersama penyanyi antarabangsa Usher dalam lagu 'Crush', Yuna bakal tampil dengan kolaborasi terbaharu.

Video muzik Yuna, 'Crush' akhirnya dilancarkan
Yuna, penyanyi tanah air yang telah bertapak di Amerika Syarikat muncul dengan video muzik untuk single terbarunya, 'Crush' yang turut menampilkan penyanyi dan komposer, Usher.

Yuna jawab isu berhijab, akui tidak suka Donald Trump
Yuna jawab isu menjadi wanita Muslim dalam industri hiburan dalam temuramah dengan majalah Billboard edisi 30 April.

'Anda istimewa' pesan Yuna dalam satu mesej penuh motivasi untuk peminatnya
Yuna akui banyak terima soalan tentang penerimaan rakan-rakan, buli, kemurungan dan membunuh diri oleh para peminatnya yang masih muda.

''Takkan nak bagi orang Melayu je faham'' - jawab Yuna bila netizen suruh cakap Melayu
"Takkan nak bagi orang Melayu je faham," itu lah jawapan penyanyi tanah air yang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna kepada seorang netizen yang meminta dia bercakap bahasa Melayu di laman sosial.

'Crush' kolaborasi bersama Usher taruhan terbaru Yuna
Penyanyi tanah air yang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna tampil dengan single terbarunya, 'Crush' berkolaborasi dengan Usher.