Menerusi laman sosial Twitter, Elfira mendoakan agar Sufian menang di Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33) dan dengan kemenangan itu, 'derita' dan penceritaan Sufian akan habis.
Elfira yang kini berada di Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah Umrah bersama suaminya, Faris Khairol Anuar berkongsi tweet tersebut beberapa minit sebelum keputusan AJL 33 diumumkan m
BACA: "Walau Apa Jua Silap El Pada Anda, Ampun Maaf Diminta" - Elfira Loy
AJL 33 menyaksikan Sufian membawa pulang trofi Persembahan Terbaik kerana menampilkan penghayatan yang mendalam.
Menggunakan props seperti pelamin, tirai putih dan lampu chandelier, timbul dakwaan mengatakan peralatan yang digunakan oleh Sufian seakan sama dengan pelamin perkahwinan Elfira dan Faris.
Rentetan dari tweet tersebut, Elfira mula menerima kecaman netizen yang menganggap tindakan pelakon itu sebagai sesuatu yang tidak wajar.
Dm jelah. Macam la kitorang semua ni sufian suhaimi
— Raden (@Roarden_) February 3, 2019
Pn. Elfira Loy, kami mewakili Sufian Suhaimi, mendoakan anda dan suami selamat menjalani ibadah umrah di tanah suci. Terima kasih atas doa yang termakbul ini dan sokongan yang tidak berbelah bagi walaupun berada di tanah suci. Amin.
— Hdin (@HdinHafizuddin) February 3, 2019
Jangan kerana Allah permudahkan hati kau utk move on & “bahagia”, kau perlekehkan hati sufian suhaimi. Dia pun tengah mencuba nak hilangkan “derita”